Definisi Data Terbuka : Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat dan agensi Sektor Awam atau Swasta.
Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :
Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Data Set JANM (Data Set Popular) | |
1. | STATISTIK PEMERIKSAAN WANG TAK DITUNTUT SYARIKAT FIRMA |