Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Archive Announcement 2022 News/Announcement Archive 2022 Personel Recruitment Advertisement For Short-Term Employment Program (MySTEP) Year 2022, Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia ingin menjemput mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) bagi jawatan PENOLONG EKSEKUTIF PERKHIDMATAN (SYSTEM DEVELOPEMENT).  Syarat/Kelayakan dan tawaran adalah seperti berikut:

  1. Syarat/Kelayakan :
    1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
    2. Memiliki Diploma Sains Komputer/Sistem Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya;
    3. Berpengalaman atau mempunyai kemahiran dalam pembangunan sistem bagi membantu menganalisa keperluan program, mereka bentuk, mengaturcara (Coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan menyelesaikan masalah (Troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan aplikasi system;
    4. Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP), database MySQL dan kemahiran bahasa pengaturcaraan lain seperti Java, JavaScript, CSS adalah dialu-alukan
    5. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan MS Office dan aspek teknikal seperti pengendalian server, rangkaian dan keselamatan ICT;
    6. Bersedia memberikan khidmat sokongan ICT seperti latihan kepenggunaan, dokumentasi dan meja bantuan bagi memastikan kelancaran sistem; dan
    7. Boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum dan menguruskan tugasan mengikut keutamaan.
  1. Tawaran :
    1. Jumlah kekosongan : 2 kekosongan jawatan;
    2. Gaji ditawarkan sebanyak RM1800.00;
    3. Status lantikan adalah kontrak;
    4. Tempoh lantikan dari 1 April 2022 hingga 31 Disember 2022.
    5. Kemudahan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO;
    6. Tempat bertugas di Unit Perolehan, Seksyen Pengurusan Kewangan dan Perolehan, BPPP, JANM W.P. Putrajaya.           

Sehubungan dengan itu, individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP JANM beserta dokumen resume terkini (dilengkapi dengan gambar pemohon) dan portfolio atau hasil kerja/projek dalam bidang berkaitan (jika ada) selewat-lewatnya pada 21 Mac 2022 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari.  Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.  Sebarang persoalan boleh hubungi: 03-88821075 (Nur Farhana binti Ismail), 03-88821065 (Tuan Khairul Afifi bin Tuan Zin).

Terima kasih.

DOWNLOAD ADVERTISEMENT

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close