Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Galeri Foto Galeri Foto Tahun 2014

D768-1 (1)

  • 2020
    No Topic Download
    1 Surat dan Panduan Penyedian KKS Akruan 2020 Download
    2 Slide Taklimat Penyediaan KKS Akruan bersama BA & AO Download
    3 Tatacara Tarik Data SPL0 Download
    4 Contoh Pengesahan PTJ, AO-BA, BA-BPOPA Download
    5 Contoh Pengesahan PTJ dan Semakan AO - UPAIP Download
    6 Lampiran KKS Akruan 2020 Download

D720-DX1

D567-1

  • 1. Apakah sumber rujukan utama SAGA?

    Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018 – Pelaksanaan, Pemantauan, dan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (Standard Accounting System For Government Agencies)

  • 2. Apakah yang dimaksudkan dengan SAGA?

    SAGA adalah merujuk kepada Standard Accounting System for Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan). SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh JANM dan Kriteria Pematuhan SAGA.

  • 3. Apakah objektif SAGA?

    Objektif SAGA adalah seperti berikut:

    1. Memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemas kini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan; dan
    2. Memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.
  • 4. Apakah yang dimaksudkan dengan Agensi Kerajaan?

    Agensi Kerajaan merujuk kepada:

    1. Badan Berkanun Persekutuan (BBP);
    2. Badan Berkanun Negeri (BBN);
    3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan
    4. Majlis Agama Islam (MAIN)
  • 5. Apakah struktur tadbir urus SAGA?

    Struktur tadbir urus SAGA terdiri daripada:

    1. Peringkat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM):
      1. Jawatankuasa Pemandu SAGA
      2. Jawatankuasa Teknikal SAGA
      3. Jawatankuasa Pematuhan SAGA
    2. Peringkat Kementerian/Setiausaha Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan:
      1. Jawatankuasa Pemantau SAGA (Kementerian/ Kerajaan Negeri)
      2. Jawatankuasa Pelaksana SAGA (Agensi)
      3. Pasukan Petugas SAGA (Agensi)

    Keahlian dan terma rujukan struktur tadbir urus bagi setiap peringkat adalah seperti yang dinyatakan dalam SPANM Bilangan 3 Tahun 2018.

  • 6. Adakah sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang hendak dibangunkan oleh Agensi Kerajaan perlu mempunyai kelulusan reka bentuk sistem?

    Ya. Agensi Kerajaan yang bercadang untuk membangunkan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan hendaklah mendapatkan kelulusan reka bentuk sistem daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Permohonan kelulusan reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Perunding (BKP) JANM berserta maklumat yang dinyatakan dalam SPANM Bilangan 3 Tahun 2018.

    Bagi Agensi Kerajaan yang telah membangunkan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan sebelum Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2010 bertarikh 26 November 2010 dikeluarkan adalah dikecualikan daripada mendapatkan kelulusan reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan daripada JANM.

  • 7. Adakah Agensi Kerajaan perlu mendapatkan khidmat nasihat pengesahan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO) sebelum rancangan pembangunan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan dilaksanakan?

    Ya. Agensi Kerajaan hendaklah merujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi tujuan penilaian dan penentuan tahap risiko serta kawalan keselamatan dan perlindungan ke atas sistem/maklumat sebelum sesuatu rancangan pembangunan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan dilaksanakan bagi mematuhi keperluan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). Khidmat nasihat  Pengesahan CGSO merupakan salah satu (1) dokumen yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi permohonan kelulusan reka bentuk sistem.

  • 8. Apakah proses-proses yang terlibat dalam permohonan kelulusan reka bentuk sistem daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia?

    Agensi Kerajaan hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada CGSO sebelum pembangunan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan 

    Agensi Kerajaan mengemukakan permohonan kelulusan reka bentuk sistem kepada Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 

    Agensi Kerajaan membentangkan permohonan kelulusan reka bentuk sistem dalam Mesyuarat Pra-Kelulusan Reka bentuk Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan 

    BKP, JANM membentangkan permohonan kelulusan reka bentuk sistem kepada Jawatankuasa Teknikal SAGA (JKT) untuk perakuan

    BKP, JANM membentangkan permohonan kelulusan reka bentuk sistem kepada Jawatankuasa Pemandu SAGA (JKP) untuk kelulusan  

    BKP, JANM mengemukakan surat kelulusan reka bentuk sistem kepada Agensi Kerajaan 

  • 9.Bagaimanakah mesyuarat pra-kelulusan reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan bersama Agensi Kerajaan dijalankan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan?

    Mesyuarat pra-kelulusan reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan bersama Agensi Kerajaan dijalankan secara atas talian semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan.

  • 10. Berapakah tempoh masa yang diambil bagi mendapatkan kelulusan reka bentuk sistem daripada JANM?

    Permohonan akan diproses dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
    Permohonan ini perlu melalui dua (2) jawatan kuasa di JANM iaitu diperakukan di Jawatankuasa Teknikal (JKT) SAGA dan diluluskan di Jawatankuasa Pemandu (JKP) SAGA.
    Permohonan kelulusan reka bentuk hendaklah dikemukakan kepada BKP JANM selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum Mesyuarat JKT SAGA diadakan.

  • 11. Adakah kelulusan reka bentuk sistem yang diperolehi mempunyai tempoh sah laku?

    Kelulusan yang diberikan tiada tempoh sah laku. Walau bagaimanapun, kelulusan reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan adalah terbatal sekiranya Agensi Kerajaan menukar sistem sedia ada kepada sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang baharu.

  • 12. Apakah tindakan seterusnya yang perlu diambil oleh Agensi Kerajaan setelah mendapat kelulusan reka bentuk sistem daripada JANM?

    Berdasarkan Surat Pekeliling Am yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Agensi Kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan teknikal sistem kepada :

    1. Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) di Kementerian/ Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); dan/atau
    2. Jawatankuasa Teknikal Sektor Awam (JTISA) di MAMPU, Jabatan Perdana Menteri (tertakluk kepada pekeliling yang berkuat kuasa)

    Bagi Agensi Kerajaan yang tidak tertakluk kepada pekeliling tersebut, Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan peraturan dan prosedur pembangunan sistem aplikasi Agensi Kerajaan yang berkuat kuasa.

  • 13. Apakah kesan jika Agensi Kerajaan tidak mendapatkan kelulusan reka bentuk Sistem SAGA daripada JANM?

    Kelulusan reka bentuk Sistem SAGA daripada JANM merupakan syarat wajib yang perlu diperolehi oleh Agensi Kerajaan sebelum proses mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA.

  • 14. Adakah Agensi Kerajaan perlu mendapat Sijil Pematuhan SAGA walaupun Agensi Kerajaan telah mendapat kelulusan reka bentuk sistem daripada JANM?

    Ya. Agensi Kerajaan masih perlu mendapat Sijil Pematuhan SAGA walaupun Agensi Kerajaan telah mendapat kelulusan reka bentuk sistem daripada JANM kerana pelaksanaan sistem di agensi berkemungkinan berbeza dan tidak sama daripada cadangan reka bentuk yang telah diluluskan.
    Sijil Pematuhan SAGA diberikan kepada sistem aplikasi perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan yang mematuhi Kriteria Pematuhan SAGA seperti digariskan di dalam SPANM Bil. 3 Tahun 2018.

  • 15. Apakah Kriteria Pematuhan SAGA yang perlu dipatuhi oleh sistem aplikasi perakaunan dan kewangan agensi?

    Kriteria Pematuhan SAGA terbahagi kepada 12 kriteria fungsian dan 8 kriteria teknikal.

    Kriteria Fungsian :

    1. Piawaian Perakaunan Yang Diterima Pakai
    2. Asas Perakaunan Akruan
    3. Kod Carta Akaun Yang Fleksibel
    4. Penutupan Akaun
    5. ingle-Point Data Entry dan Integrasi
    6. Penambahan/ Pengurangan Modul
    7. Proses Kelulusan Dalam Talian
    8. Pembayaran dan Terimaan Elektronik
    9. Penyesuaian Bank
    10. Penjanaan Penyata Kewangan dan Laporan
    11. Pengauditan
    12. Penyimpanan Data (Storan)

    Kriteria Teknikal :

    1. Pentadbiran Profil Keselamatan Pengguna
    2. Jejak Audit Daripada Sistem
    3. Sistem Log Server
    4. Kaedah Penyulitan Data
    5. Keselamatan Maklumat Dalam Rangkaian dan Infrastruktur ICT
    6. Penamatan Sesi Secara Automatik
    7. Sandaran Data dan Pengujian Restore Secara Berkala
    8. Pelan Pemulihan Bencana
  • 16. Bagaimanakah cara untuk memohon Sijil Pematuhan SAGA? Apakah proses-proses yang terlibat dalam permohonan Sijil Pematuhan SAGA daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia?

    Agensi Kerajaan melengkapkan borang soal selidik Self-Assessment SAGA Compliance Review (SASAR) dan Checklist SASAR

    Agensi Kerajaan mengemukakan permohonan Pematuhan SAGA kepada BKP, JANM

    BKP, JANM menjalankan lawatan pemerhatian Sekretariat Pematuhan SAGA di Agensi Kerajaan dan kemuka laporan penemuan dan syor penambahbaikan

    Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS) menjalankan lawatan penilaian JKPS di Agensi Kerajaan untuk penilaian dan perakuan

    BKP, JANM membentangkan Agensi Kerajaan yang layak kepada Jawatankuasa Pemandu SAGA (JKP) untuk kelulusan 

    BKP, JANM mengemukakan surat pengiktirafan dan Sijil Pematuhan SAGA kepada Agensi Kerajaan 

  • 17. Apakah yang agensi perlu sediakan semasa lawatan Sekretariat dan Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS)?
    1. Semasa lawatan sekretariat Pematuhan SAGA, Agensi perlu membentangkan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan untuk dinilai supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan oleh agensi sebelum lawatan penilaian oleh Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS).
    2. Semasa lawatan penilaian JKPS, Agensi perlu membentangkan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan untuk dinilai dan diperaku sebelum diangkat untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Pemandu (JKP) SAGA.
  • 18.Bagaimanakah Lawatan Sekretariat dan Lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS) dijalankan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan?

    Lawatan Sekretariat SAGA dan Lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS) dijalankan secara atas talian semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persediaan oleh agensi adalah seperti berikut :

    1. Dokumentasi lawatan dikemukakan kepada Sekretariat SAGA dua minggu sebelum tarikh lawatan; dan
    2. Memastikan talian internet adalah baik bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa sesi pembentangan dilaksanakan.
  • 19. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA?

    Tiada tempoh yang tertentu untuk mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA kerana bergantung kepada ketersediaan sistem agensi. Lawatan Pemerhatian Sekretariat Pematuhan SAGA akan dilaksanakan sebelum sistem agensi bersedia untuk dinilai oleh Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS).

  • 20. Adakah Sijil Pematuhan SAGA mempunyai tarikh luput?

    Tiada. Walau bagaimanapun, Sijil Pematuhan SAGA adalah terbatal sekiranya Agensi Kerajaan menukar sistem aplikasi perakaunan dan kewangan sedia ada yang telah diberikan pengiktirafan Pematuhan SAGA kepada sistem aplikasi perakaunan dan kewangan baharu. Bagi sistem yang dinaik taraf, ia perlu mengekalkan pematuhan SAGA dan ketidakpatuhan boleh menyebabkan Sijil Pematuhan SAGA terbatal.

  • 21. Adakah JANM akan menjalankan pengauditan ke atas agensi yang telah mendapat Sijil Pematuhan SAGA?

    Ya. JANM akan mengadakan lawatan susulan ke atas agensi yang telah memperolehi Sijil Pematuhan SAGA melebihi tiga (3) tahun dari tarikh Sijil Pematuhan SAGA. Oleh itu, bagi Agensi Kerajaan yang telah menerima Sijil Pematuhan SAGA dikehendaki memastikan kesemua kriteria Pematuhan SAGA dipatuhi.

    JANM telah memutuskan bahawa Sijil Pematuhan SAGA yang telah diperoleh akan dibatalkan bagi agensi yang tidak mengekalkan pematuhan kepada semua Kriteria Pematuhan SAGA.

  • 22. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung permohonan kelulusan reka bentuk sistem dan pematuhan SAGA?

    Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    Aras 5, Perbendaharaan 2
    No.7, Persiaran Perdana
    Presint 2
    62594 Putrajaya
    u.p. : Unit SAGA

    No telefon: 03 - 8886 9543/ 9756/ 9547/ 9848/ 9751/ 9604/ 9535/ 9757/9682

    Emel:bkp_saga[@]anm.gov.my

D539-4

  • 2014
    Bil Tajuk Muat Turun
    1 PERATURAN PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN KEWANGAN 2014 Muat Turun

D513-1.0

D506-6.0

D485-BPOPA (1)

 

D468-9

    • 2014
      Bil Tajuk Muat Turun
      1 PERATURAN PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN KEWANGAN 2014 Muat Turun

 

D460-3.0

  • Introduction

    1. The National Accounting Institute (IPN) is an excellent training center for civil servants in the field of accounting and finance. Apart from organizing accounting and financial courses for civil servants from various departments, IPN is also prepared to help Ministries / Departments / Agencies to identify and provide the services of instructors that are suitable for any accounting and financial in-house-training.

    2. These guidelines are prepared with the aim of assisting the Ministry / Department / Agency course organizer to submit applications for IPN’s instructor services and thereafter conduct the process of appointing suitable officers to fulfill the said application.
  • Guidelines

    The Ministry / Department / Agency organiser that wishes to apply for the IPN’s instructor services will have to comply with the following issues :

    1. Course Participant : The application for IPN’s instructor services is for in-house-training for the training purposes of officers / staff in that particular Ministry / Department / Agency only. Course participants cannot include those from outside the Ministry / Department / Agency organizer.

    2. Lecture Period : Applications for instructor services will be considered only for lecture sessions with a minimum period of four (4) hours a day. The Ministry / Department / Agency organiser has to arrange on its own the instructor service for any lecture session if its period is less than 4 hours a day.

    3. Application Period : All applications must be sent to the Director of IPN latest within one month before the date of the course. Applications received late will not be considered.

    4. Application Approval : The Director of IPN is entitled to approve or reject any applications for instructor services by the Ministry / Department / Agency organiser. The Director of IPN also is entitled to appoint any suitable officer as instructor to fulfill the application by the Ministry / Department / Agency organiser.

    5. Organising Cost : All organising costs for courses by the Ministry / Department / Agency is the responsibility of the said organiser including cost in relation to the speaker such as the speaker’s consolation payment, vehicle travel allowance, accomodation, food and lecture note preparation cost.

    6. Course Information : All applications should be submitted by stating the course information (such as title, number of participants, participant’s designation grade, date, venue) and information on the officer who could be contacted (name, telephone number or e-mail address).
    All applications that are duly completed should be addressed to :

    The Director
    The National Accounting Institute
    Jalan 2, Sg. Lang,
    45100 Sabak Bernam,
    Selangor.

    Tel : 03-3217 2000
    Fax : 03-3217 2021 / 2120 / 2140
    Website : www.ipn.gov.my

  • Conclusion

    1. These guidelines should be fully complied with by the Ministry / Department / Agency so that the aspiration to enhance the accounting and financial competency of civil servants will be achieved collectively. These guidelines will be updated from time to time where appropriate.

D453-DSC 0229

  • Pengenalan

    1. Institut Perakaunan Negara (IPN) merupakan sebuah pusat kecemerlangan latihan penjawat awam dalam bidang perakaunan dan kewangan. Di samping menganjurkan kursus-kursus perakaunan dan kewangan kepada penjawat awam pelbagai jabatan, IPN juga bersedia membantu Kementerian / Jabatan / Agensi mengenalpasti dan membekal khidmat tenaga pengajar yang bersesuaian bagi sebarang kursus perakaunan dan kewangan dalaman (in-house training).

    2. Garis panduan ini disediakan bertujuan membantu Kementerian / Jabatan / Agensi penganjur kursus mengemukakan permohonan khidmat tenaga pengajar IPN dan seterusnya melancarkan proses pelantikan pegawai-pegawai yang bersesuaian bagi memenuhi permohonan tersebut.
  • Garis Panduan

    Kementerian / Jabatan / Agensi penganjur yang ingin memohon khidmat tenaga pengajar IPN perlu mematuhi perkara-perkara berikut :

    1. Peserta Kursus : Permohonan khidmat tenaga pengajar IPN adalah bagi kursus-kursus dalaman bagi tujuan latihan untuk pegawai / kakitangan dalam Kementerian / Jabatan / Agensi itu sahaja. Peserta kursus mestilah bukan daripada luar Kementerian / Jabatan / Agensi penganjur tersebut.

    2. Tempoh ceramah : Permohonan khidmat tenaga pengajar akan dipertimbangkan hanya untuk sesi ceramah dengan tempoh minima empat (4) jam bagi satu hari. Kementerian / Jabatan / Agensi penganjur perlu mengaturkan sendiri khidmat tenaga pengajar bagi mana-mana sesi ceramah sekiranya tempohnya kurang dari 4 jam sehari.

    3. Tempoh Permohonan : Semua permohonan perlu sampai kepada Pengarah IPN selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kursus. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

    4. Kelulusan Permohonan : Pengarah IPN berhak melulus atau menolak mana-mana permohonan khidmat tenaga pengajar oleh Kementerian / Jabatan / Agensi penganjur. Pengarah IPN juga berhak melantik mana-mana pegawai yang bersesuaian sebagai tenaga pengajar bagi memenuhi permohonan Kementerian / Jabatan / Agensi penganjur.

    5. Kos Penganjuran : Segala kos penganjuran kursus oleh Kementerian / Jabatan / Agensi adalah menjadi tanggungjawab penganjur tersebut termasuk kos berkaitan penceramah seperti bayaran saguhati penceramah, elaun perjalanan kenderaan, penginapan, makan dan kos penyediaan nota ceramah.

    6. Maklumat Kursus : Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menyatakan maklumat kursus (seperti tajuk, bilangan peserta, gred jawatan peserta, tarikh, tempat) dan maklumat pegawai yang boleh dihubungi (nama, nombor telefon dan alamat e-mel).
    Semua permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada :

    Pengarah
    Institut Perakaunan Negara
    Jalan 2, Sg. Lang,
    45100 Sabak Bernam,
    Selangor.

    Tel : 03-3217 2000
    Faks : 03-3217 2021 / 2120 / 2140
    Laman Web : www.ipn.gov.my

  • Penutup

    1. Garis panduan ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh Kementerian / Jabatan / Agensi bagi menjamin hasrat meningkatkan kompetensi perakaunan dan kewangan penjawat awam dapat dicapai secara kolektif. Garis panduan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close