Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Innovation Gallery AGD Innovation Program Hari Inovasi dan Integriti JANM 2012
  • Pengenalan

    Hari inovasi dan Integriti JANM bagi tahun 2012 telah diadadakan pada 9 Oktober 2012 dengan tema “Inovasi Penggerak Transformasi Perakaunan Akruan”. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia yang dijalankan di Dewan Serbaguna Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

    Aktiviti – Aktiviti yang dijalankan

    • Lawatan Inovasi
    • Ceramah Inovasi dan Integriti
    • Pertandingan mencipta Tema/Slogan Hari Inovasi
    • Pertandingan mencipta Akronim Etika Kerja JANM
    • Pertandingan menulis Esei
    • Anugerah Pekerja Inovatif & Kreatif
    • Anugerah Inovasi
    • Anugerah Khas Inovasi
    • Hari Bertemu Pelanggan
    • Pertandingan Koir Inovasi Kementerian Kewangan 2012
  • Lawatan Inovasi

    Lawatan ke NAZA Automall telah diadakan pada 26 September 2012 (Rabu) seramai 40 orang wakil bahagian yang menyertai lawatan ini.

  • Ceramah Inovasi dan Integriti

    Tiga ceramah telah diadakan iaitu:
    1. Ceramah dari Les’ Copaque Production bertajuk ´ Why Upin has only one hair?
    2. Ceramah dari Cerna Minda Sdn Bhd bertajuk "Transformasi intergriti melalui penghayatan makarimul akhlak".
    3. Ceramah KIK yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ramli bin Musa, Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Pertandingan mencipta Tema/Slogan Hari Inovasi

    Pertandingan ini telah dimenangi oleh Cik Evelyn Alfonsus Bujang daripada PPPA dengan tema “Inovasi Penggerak Transformasi Perakaunan Akruan”.

  • Pertandingan Mencipta Akronim Etika Kerja JANM

    Pemenang bagi pertandingan ini adalah Tuan Haji Baharud-din bin Ahmad dengan akronim ‘SPECIAL’. Akronim ini digunakan sehingga

  • Pertandingan Menulis Esei

    Pertandingan ini terbuka kepad semua warga JANM dan anggota di bawah perkhidmatan Perakaunan JANM. Terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan 1 dan Kumpulan Sokongan 2.

    Kategori Pengurusan & Profesional

    Johan : Nuzuraaisyah binti Zam Hasri
    Naib Johan : Ahmad Shahir bin Mohd Yusuf
    Ketiga : Nazleen binti Mohd Emran

    Kategori Kumpulan Sokongan 1

    Johan : Siti Ishah binti Shamsudin
    Naib Johan : Nazrul Helmy bin Mohamad Noor
    Ketiga : Tiada

    Kategori Kumpulan Sokongan 2

    Johan : Tawi Anak Angga
    Naib Johan : Norhelina binti Pekman
    Ketiga : Abd Hamid bin Arbin

  • Anugerah Pekerja Inovatif & Kreatif

    Pertandingan ini memberi pengiktirafan kepada warga JANM yang telah menyumbang kepada pembangunan organisasi dalam pelbagai konteks melalui inovasi dan idea kreatif. Pencalonan terbuka di bawah kategori kumpulan pengurusan dan profesional, kumpulan sokongan 1 dan kumpulan sokongan 2 yang berkhidmat di Bahagian/Negeri/Cawangan JANM.

    Kategori Pengurusan & Profesional

    Johan : Siti Noorbani binti Hussain
    Naib Johan : Ruheila Afzan binti Musa
    Ketiga : Intan Emilia binti Ramli

    Kategori Kumpulan Sokongan 1

    Johan : Mohd Hafez bin Husin
    Naib Johan : Mohd Hasani bin Ghazali
    Ketiga : Belun Ak. Baie

    Kategori Kumpulan Sokongan 2

    Johan : Mohammad Azri bin Maidin
    Naib Johan : Ahmad bin Hussain
    Ketiga : Gangka bin Mapiawa

  • Anugerah Inovasi

    Penyertaan terbuka kepada semua Bahagian/Negeri/Cawangan JANM

    Pemenang bagi Anugerah Inovasi JANM Tahun 2012 adalah seperti berikut :

    Johan : BPAD
    Naib Johan : JANM Negeri Perak
    Ketiga : JANM Negeri Selangor

  • Anugerah Khas Inovasi

    Pada tahun 2012, Anugerah Khas Inovasi telah diberikan kepada Kumpulan BAGUS daripada JANM Negeri Perak. JANM juga telah menerima Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC).

  • Hari Bertemu Pelanggan (HBP)

    JANM buat julung kalinya telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) pada 3 Oktober 2012. Program utama pengisian HBP JANM 2012 ini adalah terdiri daripada ceramah kerjaya dan pameran booth yang berjalan secara serentak. HBP ini telah dirasmikan oleh Puan Hawazain binti Shaari, Timbalan Akauntan Negara (Operasi).

    Tajuk ceramah pada program tersebut adalah Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, Awareness on Accrual Accounting, Akta Wang Tak Dituntut, Pembangunan Kerjaya di JANM dan juga ceramah dari pegawai Institut Akauntan Malaysia (MIA).

    Manakala bagi program pameran booth, acara berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Ruang Legar Kafetaria, JANM. Antara pihak yang terlibat adalah Agensi-agensi pukal iaitu Malaysia Airlines, Telekom Malaysia, Petronas, Touch N Go dan Tenaga Nasional Berhad,Bahagian-bahagian di JANM sendiri iaitu BPAS, BPTM, PPPA dan IPN, Institut Akauntan Malaysia dan Persatuan Perkhidmatan Perakaunan iaitu PERPENA dan PERBAKTI.

  • Pertandingan Koir Inovasi Kementerian Kewangan 2012

    Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Koir Inovasi Kementerian Kewangan 2012 pada 2 November 2012, bertempat di Dewan Auditorium, Aras 1 Perbendaharan Malaysia.

    Pada tahun 2012 pula, Agensi yang mengambil bahagian telah bertambah iaitu tujuh Agensi kesemuanya, antaranya Jabatan Akuantan Negara Malaysia (JANM), Perbendaharaan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

    Pertandingan ini telah diadili oleh beberapa juri yang arif dalam bidang koir, iaitu En. Ahmad bin Ali @ Jimmy Ali, wakil dari RTM selaku ketua juri, En. Shamsul Kamal bin Abd. Rahman, dari ASWARA dan Pn. Zuraimy binti Muhamed Noordin dari Institut Pendidikan Guru (IPG). Keputusan Pertandingan ini adalah seperti berikut:

    Tempat Pertama : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
    Tempat Kedua : Perbendaharaan Malaysia
    Tempat Ketiga :Bank Negara Malaysia (BNM)

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close