Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Korporat
Bil Polisi  
1 Polisi dan Prosedur Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kemaskini September 2018) Muat Turun
2 Polisi Keselamatan Siber (PKS) JANM Versi 1.0 Muat Turun
Garis Panduan Pembangunan Sistem di JANM Muat Turun
4 Garis Panduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Versi 1.0) Muat Turun
5 Garis Panduan Dalaman Penggunaan Komputer Sewaan JANM (Versi 1.1 2022)    Muat Turun
6 Garis Panduan Permohonan Pekerjaan Luar/Kerja Sambilan    Muat Turun
7 Garis Panduan Dalaman Pengagihan Perkakasan dan Perisian ICT (Versi 1.0)    Muat Turun

Nota: Pencapaian disenaraikan mengikut tahun diterima.

  • 2023
    1. Malaysian Government Performance Index (MyGPI)
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima penganugerahan Sijil Penarafan MyGPI Tahun 2022 - 2023 kategori GOLD2 (Kluster Agensi Pusat dan Jabatan (APJU)) daripada MAMPU.
    2. Anugerah Kecemerlangan KPI Bagi Tahun 2022
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima penganugerahan Sijil Anugerah Kecemerlangan KPI Bagi Tahun 2022 daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 2022
    1. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mendapat Pengiktirafan Cemerlang EKSA bagi tempoh 1 Mac 2022 sehingga 29 Februari 2024 daripada MAMPU.
    2. Perkhidmatan Google Workspace MyGovUC 2.0
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima penganugerahan MyGovUC 2.0 bagi Penggunaan Perkhidmatan Utama Tertinggi Kategori (Agensi) daripada MAMPU.
    3. Pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti bagi Perkhidmatan Pengurusan Naziran
      Pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti bagi Perkhidmatan Pengurusan Naziran Di Bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2022 - 2025.

  • 2021
    1. Pencapaian Cemerlang KPI HRMIS 100% bagi Tahun 2020.
    2. Pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Bagi Perkhidmatan Pengurusan Penguatkuasaan Wang Tak Dituntut Di Bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2021 - 2023.
  • 2020
    1. Pencapaian Cemerlang KPI HRMIS 100% Bagi Tahun 2019.
    2. Pensijilan ISMS Bagi iGFMAS Yang Menepati ISO/IEC 27001:2013 Bagi Tahun 2020.
  • 2019
    1. Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Tahun 2018.
    2. Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2018 - 5 Bintang.
    3. Pencapaian Cemerlang KPI HRMIS 100% bagi tahun 2018.

BIL PIAGAM PELANGGAN
1 Menyerahkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) yang tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, piawaian dan dasar perakaunan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir tahun kewangan.
2 Melaksanakan pembayaran wang tak dituntut/sekuriti tak dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
3 Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh PTJ.
4 Memastikan :
- Pembayaran emolumen dibuat mengikut tarikh/jadual hari pembayaran gaji tahunan yang ditetapkan.
- Maklumat Penyata Gaji Bulanan dikeluarkan pada tarikh gaji.
- Maklumat Penyata Pendapatan Tahunan diproses dan dikeluarkan pada bulan Mac tahun berikutnya.
5 Memperakukan permohonan sistem perakaunan dan kewangan sektor awam dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap.
6 Memastikan terimaan diperakaunkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam AP78(a).
7 Mengeluarkan keputusan permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh terima permohonan lengkap.
8 Memberi maklum balas kepada pertanyaan berkaitan prosedur kewangan dan perakaunan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh pertanyaan diterima.
9 Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh 21 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup.
10 Mengeluarkan Penyata Kewangan Kementerian Kewangan pada bulan berikutnya.
11 Memastikan pemberitahuan akuan terima bagi aduan dan pertanyaan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari bagi sistem berikut:
  1. iGFMAS ServiceDesk
  2. Helpdesk Akruan
  3. Helpdesk iSPEKS
  4. Helpdesk iSPLN
  5. SISPAA
12 Memastikan penyampaian kursus yang berkualiti dan skor penilaian kursus yang dijalankan ≥ 6.00.

nilai-bersama edit

  • S: Mengutamakan pelanggan (Satisfying the customer)
    1. Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan berintegriti kepada semua pelanggan dan stakeholder.
    2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan secara berterusan mengikut keperluan.
    3. Meningkatkan kompetensi diri agar perkhidmatan yang diberikan memenuhi ekspektasi pelanggan.
  • P : Profesionalisme (Professionalism)
    1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
    2. Mempamerkan semangat kerja yang tinggi.
    3. Meningkatkan prestasi kerja untuk mencapai kualiti yang berterusan.
    4. Peka terhadap perkembangan, kemajuan dan perubahan dalam teknologi dan profesion perakaunan.
    5. Mempamerkan nilai dan tingkahlaku yang berkualiti dan kompeten.
    6. Bersopan santun, berbudi bahasa dan berhemah tinggi dalam segala urusan.
    7. Berpenampilan kemas dan sesuai mengikut keadaan dan suasana.
  • EC : Kerja Berpasukan (Esprit de Corp)
    1. Bekerjasama dalam menyelesaikan isu dan masalah.
    2. Mempunyai sikap saling bantu membantu dalam usaha mencapai keberhasilan jabatan.
    3. Berkongsi maklumat, pengalaman dan ilmu pengetahuan.
    4. Menghargai sumbangan idea daripada anggota organisasi.
    5. Saling hormat menghormati dan mengeratkan silaturrahim.
  • IA : Integriti dan akauntabiliti (Integrity and Accountability)
    1. Mengamalkan sikap amanah, tulus, ikhlas, berpegang kepada prinsip dan boleh dipercayai.
    2. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang ditetapkan.
    3. Bertanggungjawab ke atas semua tindakan dan keputusan yang diambil.
    4. Berfikiran positif dan sedia memberi dan menerima cadangan serta maklum balas yang tepat dan benar.
  • L : Kesetiaan (Loyalty)
    1. Menunjukkan kesetiaan kepada jabatan, kerajaan dan negara.
    2. Menjaga nama baik dan imej jabatan serta profesion perakaunan.
    3. Memahami, menghayati dan mematuhi nilai bersama jabatan.

TAJUK LAGU: PROFESIONALISME UNGGUL

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Terap Budaya Profesionalisme
Tulus Berkhidmat Untuk Negara
Mengorak Langkah Menuju Cita

Ilmu Dipadu Lestari Inovasi
Memacu Jabatan Berprestasi Tinggi
Maju Bersama Aspirasi Warga
Peneraju Terbilang Perakaunan Negara

Utamakan Pelanggan Mudahkan Urusan
Penyampaian Unggul Komited Jabatan
Khidmat Berkualiti Kami Janjikan

Kesetiaan Jitu Kepada Jabatan
Kerja Berpasukan Teras Perpaduan
Warga Berilmu Warga Berpengetahuan
Jujur Beretika Dalam Tugasan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Terap Budaya Profesionalisme
Tulus Berkhidmat Untuk Negara
Demi Malaysia Yang Tercinta

     Muat Turun Lagu

 
Akauntan Negara merupakan akauntan utama bagi Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa dalam perkara mengenai dasar dan tatacara perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Arahan Perbendaharaan

 

Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan :-
• Akauntan
• Penolong Akauntan
• Pembantu Akauntan

 

Pendaftar Wang Tak Dituntut dilantik oleh Menteri Kewangan berkuatkuasa mulai 1 Jun 1975 di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Akta Wang Tak Dituntut 1965
Visi
Sebagai Peneraju Terbilang dalam Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam.
Misi
Mengukuhkan Pengurusan Kewangan Sektor Awam secara berhemat dengan dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien menerusi kakitangan profesional dan kolaborasi strategik.
Objektif
  1. Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.
  2. Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi kerajaan.
  3. Membantu kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.
  4. Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan.
  5. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.

Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada :

  1. Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
  2. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
  3. Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
  4. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
  5. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
  6. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
  7. Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
  8. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
  9. Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)
  10. Institut Perakaunan Negara (IPN)

Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang kepada 24 pejabat Negeri / Cawangan di seluruh Malaysia.

Peneraju JANM

Jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 16 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan.

Senarai nama Akauntan Negara dari 1946 hingga sekarang adalah seperti berikut:-

Bil Nama Tahun
1 G.G.T Browne 1946
2 E.A.Joy 1947-1949 dan 1951 – 1952
3 J.H.Newbigging Memangku jawatan Akauntan Negara pada tahun 1950
1953 – 1955
4 C.E. Gascoigne 1956 – 1957
5 H.C. Roberts 1958 – 1962
6 D. Mortimer 1964 – 1966
7 YBhg. Dato’ Shamsir bin Omar 1967 – 1989
8 Y.M. Raja Dato’ Seri Abdul Aziz bin Raja Salim 1990 – 1993
9 YBhg. Dato’ Mohamed Adnan bin Ali 1994 – 1999
10 YBhg. Datuk Siti Maslamah bt Osman 2000 – 2003
11 YBhg. Dato’ Othman bin Abdullah 2003 – 2005
12 YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud 2005 – 2010
13 YBhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman 2010 – 2014
14 YBhg. Dato’ Haji Che Pee bin Samsudin 2015 - 2017
15 YBhg. Datuk Saat bin Esa 2017 - 2019
16 YBhg. Datuk Dr. Yacob bin Mustafa 2019 - 2023
17 YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad 2023 - Sekarang



Note :
En. Mohammad Raslan bin Abdullah memangku jawatan Akauntan Negara pada tahun 1963
En. Zainul Abidin bin Yahya telah menanggung kerja sebagai Akauntan Negara pada 1989 - 1990

ANM
Pn. Nor Yati binti Ahmad C.A.(M)
Akauntan Negara Malaysia
TAN O
Pn. Noorlida binti Mohd Khalid C.A.(M)
Timbalan Akauntan Negara (Operasi)
TAN K
Pn. Zainani binti Jusoh C.A.(M)
Timbalan Akauntan Negara (Korporat)
BPOPA
Tn. Haji Nasran bin Omar C.A.(M)
Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA)
BPOPP
Tn. Haji Zaharin bin Othman C.A.(M)
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
BKP
Tn. Haji Mohd Azraai bin Md Aznan C.A.(M)
Pengarah
Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
PPPPA
Pn. Zeti Azlida binti Zakaria C.A.(M)

Pengarah
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
PBWTD
Kosong

Pengarah
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
BA MOF
Pn. Faziyatun binti Mohamed Yahya C.A.(M)
Pengarah
Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)
IPNDr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani C.A.(M)
Pengarah
Institut Perakaunan Negara (IPN)
BPPP
Kosong

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP)
BPAD
Kosong

Pengarah
Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
BPTM
Kosong
Pengarah
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)

 

OrgChart JANM HQ BM

Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

 Paparan dalam format PNG

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup