Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Korporat Bahagian

Objektif

Menyepadukan semua pengurusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Fungsi
Unit Integriti (UI) bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  1. Tadbir Urus: Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  2. Pengukuhan Integriti: Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  3. Pengesanan dan Pengesahan:
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
    • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  4. Pengurusan Aduan: Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  5. Pematuhan: Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
  6. Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
Alamat :

Unit Integriti
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 6, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya

  03-8882 1593/1697/1226     03-88895821

Objektif

  1. Memantapkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan perakaunan di Pejabat Perakaunan;
  2. Menyelaras keseragaman peraturan serta prosedur kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa di pejabat perakaunan;
  3. Mempertingkatkan pemahaman personel yang melaksanakan tugas kewangan dan perakaunan menerusi latihan yang berterusan berkaitan Sistem Perakaunan yang digunapakai; dan
  4. Menguatkuasa Akta Wang Tidak Dituntut 1965 melalui pemahaman dan pemeriksaan ke atas entiti (JANM Negeri sahaja).

Piagam Pelanggan

  1. Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 4 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.
  2. Memperakaunkan terimaan dalam tempoh 3 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.

Fungsi

  1. Menyelaras dan menyeragam pelaksanaan operasi perakaunan/kewangan di Pejabat Perakaunan (Bahagian Akaun Kementerian dan JANM Negeri/Cawangan) serta pematuhan dasar, peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
  2. Menetapkan dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pejabat Perakaunan.
  3. Melaksana inspektorat ke atas JANM Negeri/Cawangan dan memastikan penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan analisis penemuan.
  4. Memantau pelaksanaan naziran dan menyelaras Laporan Prestasi Naziran Pejabat Perakaunan.
  5. Mengurus dan menyelaras pengurusan pentadbiran, kewangan dan pengurusan belanjawan Bahagian dan JANM Negeri/Cawangan.
Alamat :

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya

  03-88821000     03-88821610

Objektif

  1. Memastikan organisasi yang efisien dan efektif untuk mempertingkatkan perakaunan dan akauntabiliti Kerajaan.
  2. Menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan kewangan bagi menjayakan program-program perakaunan.

Piagam Pelanggan

  1. Merancang dan mengurus sumber manusia serta memajukan kerjaya anggota perkhidmatan perakaunan di sektor awam bersesuaian dengan keperluan masa kini dan hadapan.
  2. Memproses permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permohonan.

Fungsi

  1. Menggubal dasar dan polisi Jabatan selaras dengan visi dan misi Jabatan.
  2. Merancang dan menyediakan keperluan sumber manusia serta pembangunan kerjaya pegawai perkhidmatan perakaunan dan anggota perkhidmatan di bawah Jabatan.
  3. Merancang pembangunan, pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat berkaitan piawaian perakaunan.
  4. Menguruskan permohonan baharu dan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat menurut Akta Syarikat 2016 [Akta 777].
  5. Melaksanakan urusan pentadbiran, aset dan pengurusan am jabatan.
  6. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Akta Akauntan 1967 [Akta 94] serta peraturan yang memerlukan kelulusan Menteri Kewangan.
  7. Menguruskan hal ehwal korporat Jabatan.
  8. Merancang keperluan bajet, perolehan dan kewangan jabatan.
Alamat :

Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 6 & 7, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya

  03-88821000     03-88821042

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup