Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara akan menganjurkan program seperti berikut:
Tajuk Program : Kolokium Penyelidikan 2025
Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dalam talian (Zoom Meeting)
Kolokium ini akan dilaksanakan secara dalam talian dan akan menampilkan sebanyak lima (5) sesi pembentangan daripada Ketua Penyelidik dari Universiti penerima Geran Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam 2025 dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Pegawai yang berminat untuk menyertai kolokium ini boleh mengisi borang pendaftaran melalui pautan berikut: https://forms.office.com/r/6bCfBVXnzU?origin=lprLink sebelum atau pada 12 September 2025 (Jumaat). Untuk makluman, bagi peserta selain penjawat awam, bayaran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan.
Pautan capaian aplikasi dalam talian (Zoom Meeting) bagi program ini akan dimaklumkan kelak kepada peserta yang telah berjaya mendaftar.