Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 
Note: This contents only available in Malay version.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang memenuhi syarat yang ditetapkan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa setiap tahun.

Oleh yang demikian, pra-permohonan ini diadakan sebagai persediaan awal untuk tujuan saringan oleh JANM sebagai Ketua Perkhidmatan sebelum permohonan dikemukakan kepada JPA kelak. Senarai bidang yang diberi keutamaan bagi pertimbangan calon HLP sesi 2027 seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, pemilihan bidang oleh pemohon adalah tertakluk kepada senarai bidang yang ditawarkan melalui iklan HLP sesi 2027 oleh JPA dan keputusan pengurusan JANM kelak.

Akauntan yang berminat hendaklah mengisi maklumat dan mengemukakan proposal kajian mengikut bidang keutamaan melalui pautan di bawah sebelum atau pada 2 Mac 2026 (Isnin). 

PRA-PERMOHONAN HLP SESI 2027 JANM > https://forms.gle/oxSJCPrPkRwzwVic6

Panduan penulisan kertas cadangan penyelidikan/ penyataan ringkas pengajian disertakan di Lampiran B. Sesi temuduga bersama Pengurusan Tertinggi JANM akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sila rujuk syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti di Lampiran C. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh menghubungi pegawai di talian 03 – 8882 1035/ 1188/ 1173/ 1143 atau e-melkan kepada urus_sukk[at]anm[dot]gov[dot]my.        

Muat Turun: