Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 
Note: This contents only available in Malay version.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai dalam Kumpulan Pelaksana yang berminat dan memenuhi syarat (rujuk MyPPSM Ceraian SR.5.1.8) untuk memohon kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar Bergaji Penuh Tajaan Lain dan Cuti Belajar Tanpa Gaji Khusus Kepada Kumpulan Pelaksana untuk pengajian pada tahun 2026. Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Skim Perkhidmatan Perakaunan, dokumen permohonan perlu dikemukakan sebelum pengajian bermula kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 7, Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi)

Pegawai yang berkelayakan hendaklah membaca syarat-syarat yang dinyatakan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.1.8 dengan teliti. Bersama-sama ini disertakan senarai semak permohonan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Pegawai dikehendaki menyediakan satu (1) set dokumen permohonan yang lengkap mengandungi borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah disahkan seperti yang dinyatakan dalam senarai semak. Softcopy dokumen tersebut juga hendaklah dikemukakan ke alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Selain itu, pegawai juga perlu memastikan maklumat peribadi yang berkaitan dikemaskini dalam HRMIS untuk semakan pihak BPPP selanjutnya. Kekosongan jawatan pegawai yang diluluskan Cuti Belajar tidak akan diisi dengan pengisian kekosongan baharu, dan pegawai berkenaan hendaklah kembali melapor diri di jawatan asal selepas tamat tempoh pengajian.  

Dokumen permohonan yang tidak lengkap/ lewat diterima daripada tempoh yang ditetapkan tidak akan diproses. Tarikh akhir mengemukakan dokumen permohonan untuk pengajian pada tahun 2026 adalah pada 16 Oktober 2026. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, hubungi pegawai di talian 03 8882 1035/ 1188/ 1173/ 1143 atau e-melkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..