
- 
    
        Apakah syarat-syarat pengesahan lantikan?
        
Syarat-syarat pengesahan lantikan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu :
- Surat Setuju Terima pelantikan (Borang 6A);
 - Surat Akuan Sumpah (Borang 6B);
 - Salinan Surat Akujanji (bagi lantikan selepas 1.1.2003);
 - Surat Akuan Doktor;
 - Penyata Perubahan Kewangan 8 (Kew. 8); dan
 - Tapisan Keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
 
 - 
    
        Bagaimana dan bilakah seseorang pegawai awam boleh disahkan dalam perkhidmatan?
        
Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:
- Berjaya menjalani tempoh percubaan (Percubaan asal atau dilanjutkan);
 - Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
 - Lulus Peperiksaan yang ditetapkan;
 - Sokongan daripada Ketua Jabatan.
 
Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan atau sehari selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
 - 
    
        Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen?
        
- Surat permohonan untuk diperakukan dalam Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.
 - Borang Opsyen untuk memilih samada skin pencen atau skim KWSP selaras dengan Peruntukan 6A(1) Pindaan Akta Pencen 1980.
 - Surat perakuan pengesahan dalam jawatan - Kenyataan berkenaan Peperiksaan. (jika berkaitan).
 - Surat perakuan pengesahan dalam jawatan (perintah Am 36 Bab ‘A’) dan Perakuan Pemberian Taraf Berpencen.
 - Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.
 - Salinan Surat Tawaran Jawatan.
 - Salinan surat pengesahan lantikan.
 - Salinan sijil Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus.
 - Salinan Keputusan peperiksaan. (jika berkaitan).
 - Salinan surat perlanjutan tempoh percubaan (sekiranya dilanjutkan).
 
 - 
    
        Bilakah seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam perlu membuat pengisytiharan harta?
        
- Semua lantikan baru.
 - 5 tahun sekali (kecuali Ketua Jabatan 3 tahun sekali).
 - Perolehi harta baru.
 - Lupus harta.
 - Akan bersara.
 - Bila-bila masa jika diperlukan oleh kerajaan.
 
 - 
    
        Bagaimanakah tatacara permohonan pertukaran bagi anggota-anggota perakaunan?
        **Nota: Semua permohonan baru dan lama (sekiranya masih berminat) wajib diisi semula di dalam aplikasi HRMIS. Permohonan yang tidak dihantar melalui aplikasi HRMIS tidak akan diproses.
 - 
    
        Rasionalisasi Skim
        
Bil Tajuk 1 Soalan Lazim Muat Turun  - 
    
        Kriteria Kecemerlangan
        
Bil Tajuk 1 Nota Taklimat Muat Turun  - Sesi Taklimat Perkhidmatan Skim Akauntan
 
	    	