
- 
    
        Bolehkah Jabatan/agensi meneruskan pelaksanaan kursus-kursus Perakaunan dan Kewangan yang telah dirancang?
        
Jabatan/agensi boleh melaksanakan kursus-kursus Perakaunan dan Kewangan yang dirancang oleh Jabatan/agensi masing-masing atau berkolaborasi dengan Institut Perakaunan Negara (IPN). Jabatan/agensi yang berminat untuk menyertai kursus/berkolaborasi dengan IPN boleh merujuk Garis Panduan Latihan IPN.
 - 
    
        Sekiranya jabatan / agensi menganjurkan kursus-kursus yang mengandungi hanya beberapa slot kewangan, perlukah jabatan / agensi mendapat kebenaran dari IPN?
        
Tidak perlu.
 - 
    
        Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan tenaga pengajar kewangan dari IPN?
        
Pihak jabatan / agensi boleh mengemukakan permohonan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan.
 - 
    
        Bilakah tarikh pemusatan kursus-kursus kewangan ini mula berkuatkuasa?
        
Tarikh kuatkuasa adalah mulai 29 Jun 2010 berdasarkan surat edaran dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65 Klt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010.
 
	    	