Seminar Penolong Akauntan Sektor Awam Kebangsaan (PERPENA) Tahun 2023
Seminar PERPENA 2023 diadakan dari 13 hingga 14 Jun 2023 di Dewan Serbaguna Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM). Program yang bertemakan “Kredibiliti dan Profesionalisme Penolong Akauntan” ini telah dihadiri oleh 260 orang Penolong Akauntan seluruh negara. Akauntan Negara Malaysia(ANM) YBhg. Datuk Dr. Yacob Mustafa telah merasmikan program ini yang turut menampilkan penceramah terkemuka seperti Amin Idris dan Cgu Jinggo.