Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Latest Activity Kunjungan Hormat AICPA & CIMA ke Pejabat ANM

AICPA CIMA 2

29 Januari 2024 - Kunjungan Hormat AICPA & CIMA ke Pejabat ANM

 

29 Januari 2024, Pejabat ANM telah menerima satu kunjungan hormat daripada AICPA & CIMA. Jabatan Akauntan Negara Malaysia diketuai oleh ANM, YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad dan disertai oleh YBrs. Puan Noorlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi), YBrs. Puan Zainani binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani, Pengarah Institut Perakaunan Negara, dan Puan Suhana binti Mat Nawi, Timbalan Pengarah IPN. Manakala delegasi AICPA & CIMA diketuai oleh Presiden CIMA & Co-Chair AICPA, Ms. Sarah Ghosh, Mr. Venkkat Ramanan, Regional Vice President - Asia Pasific Management Accounting AICPA, dan Ms. Saritha Subramaniam, Lead Manager - Commercial & Business Development Management Accounting AICPA.
 
Perbincangan yang berlangsung selama 1 jam tersebut membincangkan potensi kolaborasi antara AICPA & CIMA dan JANM dalam membangunkan beberapa bidang kepakaran bagi peningkatan pengetahuan dan kemajuan kerjaya pegawai JANM. Antaranya tentang kesediaan AICPA & CIMA untuk menyediakan latihan kepada pegawai JANM di dalam bidang ESG, sustainability dan finance leadership. Sarah Ghosh turut berkongsi tentang teknologi digital kini yang sedang berkembang pesat dan digunakan kerajaan UK bagi mendapatkan maklumat untuk membantu membuat keputusan berkaitan kewangan.
IPNCPD ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada AICPA & CIMA SE Asia atas kunjungan hormat dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close