28 Februari 2024 - Sesi Penyerahan PKKP Asas Tunai Ubahsuai bagi Tahun 2023 kepada Ketua Audit Negara
Putrajaya, 28 Februari 2024- Sesi Penyerahan Penyata kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP Asas Tunai Ubahsuai) bagi Tahun 2023 kepada Ketua Audit Negara beserta kertas kerja sokongan (KKS) telah berlangsung pada 28 Februari 2024 .
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) diwakili oleh Puan Noorlida bt Mohd Khalid ( Timbalan Akauntan Negara Operasi) manakala Jabatan Audit Negara diwakili oleh Puan Hajah Patimah binti Ramuji ( Timbalan Audit Negara kewangan) .