Majlis Peluncuran Sistem iPayment
Putrajaya, 12 Februari 2025 - Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) telah diluncurkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini di Kementerian Kewangan (MOF). Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan sistem iPayment adalah ikhtiar MADANI yang membudayakan rakyat kepada pembayaran tanpa tunai.