26 Julai 2025 - Majlis Jalinan Kasih Madani @Rewang Janm 2025
Majlis Jalinan Kasih MADANI @ Rewang JANM 2025 yang berlangsung pada Sabtu, 26 Julai 2025 di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam berlangsung meriah dengan program yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Seekor lembu dan 4 ekor kambing telah disembelih, dilapah dan dimasak hasıl kerjasama warga JANM. Pada sebelah petangnya pula diadakan acara sukaneka yang turut disertai ahli keluarga warga JANM.
Menurut Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBhg. Datuk Nor Yati Ahmad “Program ini adalah salah satu usaha Jabatan untuk membudayakan semangat kekitaan di kalangan warga JANM”.
Program ini telah disertai oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi) YBrs. Puan Noorlida Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) YBrs. Puan Zainani Jusoh, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah JANM Negeri berhampiran iaitu Selangor, Perak dan Negeri Sembilan serta warga JANM dan ahli keluarga mereka.
Program yang mengalu-alukan kehadiran penduduk setempat ini turut menyaksikan 20 orang asnaf menerima sumbangan keperluan asas oleh JANM.
Diharapkan program ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama warga seterusnya memastikan matlamat kecemerlangan jabatan tercapai.