11 hingga 13 Ogos 2025 - Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan
Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan (MPKA) telah diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2025 di Cameron Highland, Pahang.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian JANM, Ketua-ketua Akauntan Kementerian dan Pengarah-pengarah JANM Negeri bagi menyuarakan pendapat, cadangan dan juga masalah dihadapi oleh Pejabat Perakaunan masing-masing bersama Pengurusan Tertinggi JANM. Selain itu ia juga bertujuan untuk menyelaras isu pelaksanaan operasi agar keputusan dan tindakan yang diambil seragam dan memenuhi kehendak pemegang taruh (stakeholder).