
6 hingga 7 Februari 2026 - Program Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2026
Akauntan Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Zainani Jusoh telah menyertai Program Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2026 pada 6 hingga 7 Februari 2026 di EPF Learning Campus Bangi Selangor.
Program yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican serta semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
