Adalah dimaklumkan, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPNM) Bil. 4 Tahun 2024 - Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalannya (AP11) yang dimuatnaik ke Portal JANM pada 3 September 2024 perlu dikemas kini semula selaras dengan maklum balas yang diterima dalam sesi Train The Trainer yang telah diadakan pada 9-11 September 2024. Pengemaskinian ini telah diluluskan oleh YBrs. Timbalan Akauntan Negara (Korporat) pada 4 Oktober 2024.