Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2017

Semua Akauntan
Bahagian/ Negeri/ Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2018

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah menawarkan kemudahan penajaan untuk pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (dalam negara sahaja) dan Kedoktoran (Ph.D)(dalam dan luar Negara) secara sepenuh masa sesi 2018.

 

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 3 salinan untuk borang permohonan dan 5 salinan kertas penyelidikan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 7 Ogos 2017 (Isnin). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 

Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Cik Diyana binti Azhari Tel : 03-88821030 /
emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Puan Rozalinda binti Md Rasip Tel: 03-8882 1185 /
emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

atau

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

 

Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Pembantu Akauntan W19 dan Penolong Akauntan W29 akan berlangsung pada 11 Oktober 2017 (Rabu)  

 

Sehubungan dengan itu, permohonan untuk menduduki peperiksaan akan dibuka pada 18 Julai 2017 (Selasa) dan akan ditutup pada 18 Ogos 2017 (Jumaat) pukul 5.00 petang.

 

Sila klik disini untuk muat turun Surat Siaran Pembantu Akauntan.

 

Sila klik disini untuk muat turun Surat Siaran Penolong Akauntan.

 

 

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Tuan/ Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan mengadakan Program Transformasi Minda (Khas) bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menerima opsyen tukar lantik ke jawatan Penolong Akauntan gred W29.

 

Pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 13 Julai 17 melalui link yang diberi.

 

Sila klik link di bawah:

https://goo.gl/forms/cfA1vDJEIAwK4ujf2(sesuai dilayari menggunakan pelayar google chrome atau internet explorer)

 

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Tuan/ Puan,

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan mengadakan Program Transformasi Minda (Khas) bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menerima opsyen tukar lantik ke jawatan Penolong Akauntan gred W29.

 

Pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 11 Julai 17 melalui link yang diberi.

 

Sila klik link di bawah:

https://goo.gl/forms/NiHgFz1oawBuZX3m1 (sesuai dilayari menggunakan pelayar google chrome atau internet explorer)

 

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

Iklan Sebut Harga JANM Bil.1 Tahun 2017 (X0231020301170004)

 

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENYENGGARA DAN MENTAULIAHGUNA PERKAKASAN PENCETAK (LINE PRINTER) KEPADA JABATAN  AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

Tempoh iklan : 07 Julai 2017 (Jumaat) hingga 17 Julai 2017 (Isnin), 12.00 tengahari Maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan Kerajaan bersetuju untuk membuka semula sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam maksimum 60% melalui sistem gaji berkomputer JANM bermula bulan Jun 2017. Kod gaji baharu bagi potongan pinjaman peribadi / insurans / takaful baharu akan dilaksanakan mulai gaji Julai 2017 untuk tujuan pemantauan dan kawalan.

Sehubungan dengan itu, penjawat awam hendaklah mematuhi arahan pendapatan bersih sekurang-kurangnya berada pada paras minimum 40% melalui surat JPA.BK(S)328/2 Jld.13(9) bertarikh 24 Januari 2017 mengenai “Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius” supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

 

PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK ISLAM DI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA, SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN BAGI TEMPOH 3 TAHUN

 

Tempoh iklan :23 Jun 2017 (Jumaat) hingga 18 Julai 2017 (Selasa), 12.00 tghari

 

Maklumat lanjut, sila klik DI SINI

Dimaklumkan bahawa pihak IPNCPD akan membuat pengambilan baru mengikuti program keahlian dalam badan profesional The Chartered Institute of Management Accountants, United Kingdom (CIMA UK) dan  The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) tajaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi sesi Julai-Disember 2017.

 

Tarikh tutup permohonan : 7 Julai 2017

 

Muat turun surat pelawaan CIMA 

Muat turun surat pelawaan ACCA

Sekian, terima kasih.

PERKHIDMATAN SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPA) BAGI PERALATAN RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Tempoh iklan :9 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017
Tarikh Taklimat dan Lawatan Tapak : 14 Jun 2017 (Rabu), 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Jamuan 1, Aras 8.

 

Maklumat lanjut, sila klik di sini

SPANM Bil. 1/2017 -  Peraturan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017

 

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close