Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2016

Tawaran mengikuti kursus Perakaunan Akruan (Pertengahan) pada 16 - 17 Feb 2016

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan kursus Perakaunan Akruan (Pertengahan) pada tarikh 16-17 Februari 2016.

Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan, bolehlah melayari laman rasmi IPN untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan Puan Juliana binti Mohamad Jalal di talian 03-3217 2134.

Sekian. Terima kasih.

Iklan Sebut Harga JANM Bil. 3/2016

 

PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN SERVER DAN KHIDMAT SOKONGAN APLIKASI ACTIVE DIRECTORY (AD) DAN SYSTEM CENTRE CONFIGURATION MANAGER (SCCM) DI 23 CAWANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Tarikh tawaran diiklan  : 27/01/2016

Tarikh tawaran ditutup  :05/02/2016, 12:00PM

Sila muat turun di sini untuk maklumat lanjut.

Tawaran Mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (Coti), Republic Korea Tahun 2016

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pengarah Bahagian JANM/Pengarah Negeri/Pengarah Cawangan

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIC KOREA TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (Coti), Republic Korea Tahun 2016.  Sehubungan itu, YBhg. Dato’/  Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 25 Januari 2016 (Isnin). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai  adalah seperti lampiran yang disertakan.

Untuk muat turun Surat Siaran, Sila Klik Disini

Sila Klik disini untuk ke laman JPA

Sila Klik disini untuk ke laman eSILA JPA

Senarai Calon Chartered Institute Of Management Accountants Uk (Cima) Fast Track Jabatan Akauntan Negara Malaysia Yang Telah Lulus Strategic Case Study (Scs) Tahun 2015.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan,

 

Berikut adalah senarai calon chartered institute of management accountants UK (CIMA) fast track

Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang telah lulus strategic case study (scs) tahun 2015.

 

 

Sila klik >>> Muat turun <<< untuk lihat senarai berkenaan.

Kursus Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2016

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan Pelan Latihan (Training Road Map) bertujuan untuk mempertingkat profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya Akauntan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Maklumat lanjut muat turun surat edaran di sini.

Peperiksaan Gred W27 Siri 1 Tahun 2016 Untuk Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan

 

Adalah dimaklumkan bahawa JANM akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Penolong Akauntan Gred W27 Siri 1 Tahun 2016, Bahagian III - Hal Ehwal Perakaunan dan Kewangan pada 20 April 2016 (Rabu).

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik disini.

Peperiksaan Gred W17 Siri 1 Tahun 2016 Untuk Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan

 

Adalah dimaklumkan bahawa JANM akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Pembantu Akauntan Gred W17 Siri 1 Tahun 2016, Bahagian III - Hal Ehwal Perakaunan dan Kewangan pada 20 April 2016 (Rabu).

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik disini.

Iklan Sebut Harga Janm Bil.1/2016

 

PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN MICROSOFT SHAREPOINT DAN APLIKASI SERTA PENAMBAHBAIKAN INTRANET JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

 

Tarikh tawaran diiklan : 07/01/2016

Tarikh tawaran ditutup :18/01/2016

Sila muat turun di sini untuk maklumat lanjut.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close