Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2016

Kursus Pelan Latihan (Training Roadmap) Janm Tahun 2016 - Penolong Akauntan

Dimaklumkan bahawa pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Dato' / tuan / puan seperti di lampiran A telah dicalonkan untuk menghadiri Kursus Pelan Latihan pada 27 hingga 28 April 2016. Semua pegawai tercalon WAJIB untuk hadir kursus sepenuh masa.

Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.

surat tawaran TRM Penolong Akauntan 1-05Apr2016-152919

 

Penangguhan Kursus Persembahan Penyata Kewangan Perakaunan Akruan Pada 5-7 April 2016 Anjuran Institut Perakaunan Negara (IPN)

Dukacita dimaklumkan bahawa Kursus Persembahan Penyata Kewangan Perakaunan Akruan bertarikh 5-7 April 2016 adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Sebarang makluman mengenai kursus ini bolehlah melayari Portal Rasmi JANM atau Laman Rasmi IPN dari semasa ke semasa.

Segala kesulitan yang timbul daripada penangguhan ini amatlah dikesali.)

Sekian, terima kasih.

Tawaran mengikuti kursus "Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar pada tarikh 4 - 7 April 2016.

Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan boleh melayari Laman Rasmi Institut Perakaunan Negara untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my/ dengan memilih e-Kursus menggunakan pelayar Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Encik Mohd Redza bin Jaudin di talian 03-3217 2158.

Sekian. Terima kasih.

Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2016

 

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksaan Bayaran Insetif Tugas Kewangan (BITK) pada 15 Jun 2016. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini secara menyuluruh kepada semua anggota dibawah seliaan tuan yang layak mendudukinya, termasuk anggota yang berkhidmat di agensi dan badan berkanun seliaan kementerian atau jabatan Y. Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.

Klik di sini untuk surat siaran Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)

Klik di sini untuk membuat permohonan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)

Sijil Kursus Program Perkongsian Ilmu 2016 kini boleh dicetak secara online.

Sila ke ruangan Perkhidmatan Atas Talian > e-Kursus > CETAKAN SIJIL PROGRAM PERKONGSIAN ILMU 2016


*Sila Baca Panduan/Cara-cara Mencetak Sijil Online untuk mencetak sijil online tersebut.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, YBhg. Dato'/Tuan/Puan, PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2016 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2016. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 26 April 2016 (Selasa). Maklumat lengkap berkaitan program dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran yang disertakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

Puan Fauziah Binti Abdullah
Tel: 03-8882 1188 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my

YM Puan Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim
Tel: 03-8882 1030 / emel: amirah.brahim[@]anm[dot]gov[dot]my

Sila klik disini untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berminat, boleh mendapatkan dokumen sebut harga beserta lampiran-lampiran pada pautan muat turun di bawah :-

<<< Muat turun sebut harga di sini < >>>

Tarikh tawaran diiklan : 17 Mac 2016
Tarikh Iklan Ditutup : 21 Mac 2016

Sekian, terima kasih

Dukacita dimaklumkan bahawa Program Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi Kursus Perakaunan Hasil bertarikh 22-24 Mac 2016 adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sila klik disini untuk muat turun surat penangguhan kursus perakaunan hasil.

Nota Kursus Malaysian Private Entities Reporting Standard (MPERS) – Basic & Advance Module
Sila klik di sini untuk muat turun nota kursus.

Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan bagi tahun 2016. Program ini bertujuan untuk mempertingkat profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.

penolong-07Mar2016-103728

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close