Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2013

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) MENASIHATKAN KAKITANGAN AWAM TIDAK MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI DAN NO. AKAUN BANK (GAJI) KEPADA SUMBER TIDAK SAH DAN BERHUBUNG TERUS DENGAN JANM NEGERI DAN CAWANGAN ATAU JABATAN MASING-MASING UNTUK PENGESAHAN DAN SEBARANG PERTANYAAN.

Pelawaan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2013/2014 Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Dan P.H.D Secara Separuh Masa


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

Pelawaan kemudahan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) sesi 2013/2014 utk pegawai kumpulan pelaksana yang mengikuti pengajian di peringkat diploma atau ijazah pertama oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sila klik di sini untuk surat edaran.

SPANM Bilangan 3 Tahun 2013 mengenai Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun Kewangan 2013.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kontraktor MAMPU dengan kerjasama pihak BPTM di bawah projek MyGSOC akan melakukan aktiviti konfigurasi/install agen ke atas server-server sistem sokongan di JANM Ibu Pejabat yang akan mengakibatkan gangguan perkhidmatan pada tarikh & masa seperti ketetapan berikut :

- 18/9/2013 (Rabu), 3.00 petang hingga 8.00 malam eHelpdesk, AGHR, SAA, SPA dan eCPS
- 19/9/2013 (Khamis) 3.00 petang hingga 8.00 malam sharepoint, portal negeri dan emel
- 20/9/2013 (Jumaat) 4.30 petang hingga 6.00 petang ePayslip
- 23/9/2013 (Isnin) 12.00 tgh hingga 2.00 petang IPS dan Firewall
- 24/9/2013 (Selasa) 2.00 petang hingga 4.00 petang website JANM

Tuan/puan boleh menghubungi para pegawai JANM yang terlibat untuk keterangan lanjut :-

  Sistem  Contact person Tel 
1.  AGHR Pn Baizurah Binti Sabri 88821308
2.  SAA Pn Siti Nur Aina Binti Norsaripuddin 88869508
3.  SPA En Mugilraj A/L Radhakrishnan 88821259
4. Sharepoint, Website JANM dan eMel En Zainal bin Badli 88821354
5. eCPS Pn A'iniah Kamarudin 88821151
6. ePayslip Pn Normadiah Ismail 88821378
7. Portal Pejabat Perakaunan En Rosdi bin Atan 8882 1614
8. Network, IPS & Firewall En David Lau Keat Jin 88821645
9. Hardware & eHelpdesk Mohd Sukifli Ali 88821272

Segala kesulitan adalah amat dikesali. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan Tahun 2013 Bilangan 1 boleh mula di mohon di Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia, bahagian e-Peperiksaan atau klik sini untuk permohonan.

Klik sini untuk surat siaran Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Akauntan ( W27)
Klik sini untuk surat siaran Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Akauntan ( W17)

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Akauntan W48 - W54. Program ini bertujuan untuk mempertingakt profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya para Akauntan sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Sehubungan itu, satu kursus bagi Akauntan Gred W48 - W54 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tajuk : Budgeting, Forecasting and Cash Flow Management
Tarikh : 30 - 31 Januari 2013
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : IPN, Sabak Bernam

 

Seramai 29 orang Akauntan Gred W48 - W54 dari Ibu Pejabat JANM, JANM Negeri/Cawangan dan Kementerian/Jabatan telah terpilih bagi mengikuti kursus ini.

Sila klik di sini untuk muat turun:

i) Surat edaran dan senarai pegawai yang terpilih
ii) Brosur kursus

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Maklumat Kursus Siri 1 dan Siri 2 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 pada tahun ini adalah seperti berikut:

Kursus Siri 1
Kursus : Gaji, Elaun dan Kemudahan Penjawat Awam
Tarikh : 26 – 28 Februari 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota peserta : 20 orang

Kursus Siri 2
Kursus : e-Perolehan - Sebutharga/ Tender/ eBidding
Tarikh : 5 - 7 Mac 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota peserta: 15 orang

Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pembantu Akauntan Gred W17 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Februari 2013 (Jumaat). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:

1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054

Sila klik di sini untuk muat turun:

i) Borang Permohonan Kursus Siri 1 - Gaji, Elaun dan Kemudahan Penjawat Awam
ii) Borang Permohonan Kursus Siri 2 - e-Perolehan - Sebutharga/ Tender/ eBidding

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Bulanan Siri 1/2013 bertajuk "Penghayatan Nilai Bersama JANM SPECIAL" akan di adakan sepertI maklumat berikut :

Tarikh : 7 Februari 2013 (Khamis)
Tempat : Dewan JANM, Aras 7

Klik sini untuk muat turun surat siaran.
Klik sini untuk membuat pendaftaran atau sila ke Portal Rasmi JANM untuk pendaftaran.

Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Kursus Gaji, Elaun dan Kemudahan Penjawat Awam bagi Pembantu Akauntan Gred W17 di bawah Pelan Latihan (Training Roadmap) JANM akan diadakan pada 26 – 28 Februari 2013 bertempat di IPN, Sabak Bernam.

Sila klik di sini untuk muat turun surat tawaran dan senarai peserta terpilih.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close