Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2013

Tarikh : 19.4.2013 (Jumaat)
Masa : 8.30 Pagi hingga 4.45 Petang
Tempat : Dewan Serbaguna JANM, Aras 7, JANM Putrajaya.

klik sini untuk surat edaran.
klik sini untuk permohonan.

* Peringatan
Sila pastikan tuan-tuan dan puan-puan berdaftar secara online sebelum menghadiri Kursus bulanan anjuran JANM, ini bagi melancarkan perjalanan kursus.

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2013 : Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Slip Arahan Calon bagi calon-calon yang menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan telah boleh mula dicetak di Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau klik sini untuk mencetak slip arahan calon.

Pengambilan calon bagi mengikuti program Profesional Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sesi Jun/Julai 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Selaras dengan pelaksanaan Perakaunan Akruan tahun 2015, Jabatan Akauntan Negara telah menggubal piawaian perakaunan asas akruan iaitu Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) yang disediakan berasaskan International Public Sector Accounting Standards (IPSAS). Bersama ini diedarkan MPSAS yang telah diluluskan seperti berikut:

a) MPSAS 17: Property, Plant and Equipment (Klik di sini untuk muat turun)
b) MPSAS 3 : Accounting Policies, Changes in Accounting Estimates and Errors (Klik di sini untuk muat turun)
c) MPSAS 9 : Revenue from Exchange Transactions (Klik di sini untuk muat turun)
d) MPSAS 12 : Inventories (Klik di sini untuk muat turun)
e) MPSAS 1 : Presentation of Financial Statements (Klik di sini untuk muat turun)
f) MPSAS 2: Cash Flow Statements (Klik di sini untuk muat turun)

Adalah dimaklumkan JPA telah mempelawa pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2014 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D). Sehubungan itu, adalah dipelawa pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan penajaan HLP ini. Pegawai yang berminat hendaklah mengisi permohonan secara dalam talian bermula 22 April 2013 sehingga 3 Mei 2013. Borang permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Kompetensi & Pembangunan Kerjaya BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 Mei 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Puan Nor Marini binti Ibrahim Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : marini.ibrahim[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Puan Roziana binti Ab. Aziz Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : rozianaaziz[@]anm[dot]yahoo[dot]my

 

Sila klik di sini untuk Surat Edaran JPA
Sila klik di sini untuk Panduan Permohonan

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), JANM akan menjalankan Self-Assessment Audit (SAA) bagi tahun 2013.Pelaksanaan SAA adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dari kementerian/jabatan/agensi kerajaan berhubung pematuhan kepada peraturan yang berkuatkuasa serta pelaksanaan kawalan dalaman oleh kementerian/jabatan/agensi kerajaan.

Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan yang telah dikenal pasti sebagai penyedia dan pengesah berdasarkan notifikasi melalui emel untuk mengisi dan menjawab soal selidik ini mulai April 2013 adalah dihargai.

Kerjasama daripada Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

Puan Siti Nur Aina binti Norsaripuddin
No. Telefon : 03-8886 9508
Emel : aina[@]anm[dot]gov[dot]my

Puan Norbaizura binti Nasuron
No. Telefon : 03-8886 9551
Emel : azura.nasuron[@]anm[dot]gov[dot]my

Sekian, terima kasih.

Makluman kepada semua calon yang menduduki peperiksaan KPSL pada tahun 2012, calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing di portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau klik disini.

Adalah dimaklumkan bahawa satu pertandingan mencipta sajak inovasi akan diadakan sempena dengan sambutan Hari Inovasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2013 pada bulan Oktober 2013 nanti. Pertandingan ini diadakan untuk membentuk pencernaan minda yang lebih kreatif dan inovatif selain menggalakkan pegawai menyampaikan idea-idea dalam bentuk karya seni dan kesusasteraan moden. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat edaran di sini.

NOTA PERSIDANGAN PENGGUNA SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER (SAGA) TAHUN 2013 PADA 14 HINGGA 17 MEI 2013 DI HOTEL EQUATORIAL CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.

Nota persidangan tidak disediakan, sila cetak untuk rujukan semasa persidangan.

Klik di sini untuk muat turun

NOTA 15 MEI 2013
NOTA 16 MEI 2013

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close