Sukacita dimaklumkan, IPN dengan kerjasama Badan Profesional The Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia) akan mengadakan taklimat IPN Leadership Series 4/2019: “Data Analytics & Audit”. Taklimat akan disampaikan oleh Mr. Ric De Santi, Deputy Auditor General, Chief Executive Officer, Tasmanian Audit Office.
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput ke program di atas berdasarkan tetapan berikut:
Tarikh : 25 September 2019 (RABU)
Masa : 9.30 – 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD)
Institut Perakaunan Negara
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 1, Menara 2
Wisma Mustapha Kamal
Neocyber, Cyber 12
63000 Cyberjaya
Penceramah : Mr. Ric De Santi (FCPA)
Deputy Auditor General and Chief Executive Officer
Tasmanian Audit Office
Sila lengkapkan borang pengesahan kehadiran yang dilampirkan dan hantar kepada pihak kami melalui faks 03-8318 7394 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 19 September 2019 (Khamis).
Penyertaan adalah terhad kepada 60 orang peserta terawal sahaja.
Sila klik Surat Jemputan untuk muat turun.
Klik sini untuk brosur dan Profail Penceramah.