Objektif
- Memantapkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan perakaunan di Pejabat Perakaunan;
- Menyelaras keseragaman peraturan serta prosedur kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa di pejabat perakaunan;
- Mempertingkatkan pemahaman personel yang melaksanakan tugas kewangan dan perakaunan menerusi latihan yang berterusan berkaitan Sistem Perakaunan yang digunapakai; dan
- Menguatkuasa Akta Wang Tidak Dituntut 1965 melalui pemahaman dan pemeriksaan ke atas entiti (JANM Negeri sahaja).
Piagam Pelanggan
- Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 4 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.
- Memperakaunkan terimaan dalam tempoh 3 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.
Fungsi
- Memantau operasi perakaunan/ kewangan di Pejabat Perakaunan agar mematuhi dasar, peraturan dan prosedur perakaunan/ kewangan yang berkuat kuasa;
- Merancang, menyelaras dan menyeragam pelaksanaan sistem/ operasi perakaunan/ kewangan di Pejabat Perakaunan;
- Memantau pelaksanaan naziran dan WTD serta memberi khidmat nasihat kepada Pejabat Perakaunan termasuk latihan sistem perakaunan/ kewangan;
- Memantau pengurusan teknologi maklumat merangkumi aset ICT, pusat data dan sistem-sistem berkaitan perakaunan/ kewangan serta Portal JANM Negeri/ Cawangan; dan
- Mengurus dan menyelaras Business Continuity Management (BCM) BPOPP dan JANM negeri/ Cawangan.
Alamat :
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88821610