Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Perakaunan Piawaian Perakaunan Kerajaan Asas Tunai
TujuanSkop

Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar dan piawaian perakaunan serta asas persembahan penyata kewangan tahunan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61].

Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulan Wang Disatukan. Akaun-akaun ini perlu diaudit terlebih dahulu oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan Negeri.

Tarikh Kuatkuasa
Sehingga kini, sepuluh (10) PPK telah dikeluarkan dan tarikh ianya kuatkuasa adalah seperti berikut:

PPK Perihal Diterbitkan Pada Berkuatkuasa Mulai Tahun Kewangan
1 Dasar Perakaunan Kerajaan Mac 2003 2012
2 Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Mac 2003 2012
3 Akaun Hasil Disatukan Disember 2021 2021
4 Akaun Amanah Disatukan Mac 2003 2012
5 Akaun Pinjaman Disatukan Mac 2003 2012
6 Pelaburan Mac 2003 2012
7 Wang Tunai Mac 2003 2012
8 Penyata Akaun Memorandum Mac 2003 2012
9 Pertukaran Mata Wang Asing Mac 2003 2012
10 Pemberian Kerajaan Mac 2003 2012

*Sila klik tajuk untuk muat turun isi kandungan PPK.

Pencapaian
Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang telah mengamalkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam.

“Malaysia wins the prize for being the first country to apply Cash Basis IPSAS. The Malaysian Government first did this for the financial statements for the year ending 31 December 2004. It gained a clear audit report for these accounts.”
Dipetik dari ACCA International Public Sector Bulletin, Issue No. 8, Januari 2007

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup