Objektif
- Memastikan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.
- Memastikan pelanggan mendapat maklumat kewangan yang lengkap, tepat dan berkualiti.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan yang diterima umum dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan.
Fungsi
- Mengumpul maklumat kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan.
- Menyelaraskan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan wang tunai, urus niaga antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, penubuhan akaun-akaun amanah dan akaun-akaun perwakilan luar negeri.
- Memperakaunkan pelaburan dan pinjaman Kerajaan Persekutuan.
- Memberi khidmat nasihat mengenai perkara berkaitan dengan operasi perakaunan Kerajaan Persekutuan.
Alamat :
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88821562