Objektif
- Meningkatkan pematuhan peraturan kewangan dan perakaunan kerajaan.
- Meningkatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pembangunan modal insan yang kompeten.
Piagam Pelanggan
- Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh 21 hari dari tarikh selesai pengauditan/exit meeting/dokumen akhir diterima.
- Mengeluarkan Laporan Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan dan Akaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh selesai verifikasi/exit meeting.
- Meluluskan permohonan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan.
- Menyemak akaun terimaan bulanan dalam tempoh 25 hari dari tarikh penerimaan.
Fungsi
- Memastikan terimaan dan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan betul mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Menjalankan pengauditan untuk memastikan kawalan dalaman ke atas pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah mencukupi dan berkesan.
- Menjalankan audit penyiasatan khas mengikut arahan Kementerian Kewangan Malaysia.
- Memastikan Akaun Belum Terima dilaporkan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Memberi kelulusan ke atas permohonan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan
Alamat :
Bahagian Pengurusan Audit Dalam
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 5 & 6, Perbendaharaan 2
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88887112