Objektif
- Memastikan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 dipertingkatkan.
- Mengurus Sekuriti-Sekuriti Tak Dituntut menurut undang-undang yang berkaitan.
Piagam Pelanggan
- Mengeluarkan Akuan Pemeriksaan Wang Tak Dituntut dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan.
- Memproses tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh terimaan dokumen permohonan yang lengkap.
- Mengeluarkan surat pengesahan bagi hasil jualan sekuriti atau dividen dalam tempoh 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan permohonan.
Fungsi
- Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
- Mengurus Sekuriti-Sekuriti Tak Dituntut.
- Menyelaras program perundingan berkaitan pengurusan Wang Tak Dituntut dan Sekuriti Tak Dituntut.
Alamat :
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7 Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Cawangan UTC Pudu Sentral)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Lot T3-8, Aras 3, Bangunan UTC Pudu Sentral
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
03-8000 8700 / 8701 / 8702