faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Perkhidmatan Kursus Kewangan dan Perakaunan
  • 'Core Centre' Kursus Generik Kewangan

    Institut Perakaunan Negara (IPN) adalah merupakan satu bahagian di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk membangun dan mempertingkatkan kompetensi penjawat awam khususnya di dalam bidang kewangan dan perakaunan.

    IPN sebagai salah sebuah Institut Latihan Awam telah diiktiraf sebagai Core Centre Kursus Generik Kewangan berkuatkuasa mulai 29 Jun 2010 berdasarkan surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65Klt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010. IPN menawarkan kursus perakaunan, kewangan, pengauditan dan sistem maklumat perakaunan. Berikut adalah senarai Kursus Generik Kewangan di IPN:

    1. Asas Perakaunan Kerajaan
    2. Perakaunan Terimaan dan Hasil Kerajaan
    3. Sistem Pembayaran Kerajaan
    4. Kawalan Perbelanjaan
    5. Perakaunan Amanah, Deposit dan Panjar
    6. Perakaunan Akruan (Asas)
    7. Perakaunan Akruan (Pertengahan)
    8. Sistem Belanjawan Negara
    9. Gaji, Elaun dan Kemudahan Penjawat Awam
    10. Pengurusan Aset dan Stor
    11. Pengurusan Perolehan Kerajaan
    12. Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
    13. Asas Pengurusan Kewangan
  • Permohonan Kursus

    Kursus-kursus yang dianjurkan oleh IPN adalah terbuka kepada semua penjawat awam sama ada yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sila rujuk Takwim Latihan untuk maklumat mengenai senarai kursus-kursus yang ditawarkan.

    Semua permohonan kursus boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPN di www.ipn.gov.my atau sila klik di sini « Permohonan Kursus ».

  • Permohonan Menganjurkan Kursus Generik Kewangan

    Kementerian/Jabatan/Agensi boleh melaksanakan kursus-kursus kewangan yang telah dirancang secara dalaman dengan mengemukakan permohonan kepada IPN menggunakan Borang Permohonan Menganjurkan Kursus Generik Kewangan Oleh Kementerian/Jabatan yang boleh dimuat turun di portal JANM di menu Perkhidmatan > Muat Turun > Borang-Borang.

  • Permohonan Mendapatkan Khidmat Tenaga Pengajar IPN

    Kementerian / Jabatan / Agensi yang menganjurkan kursus kewangan dan perakaunan secara dalaman (in house training) boleh mendapatkan khidmat tenaga pengajar IPN dengan mengemukakan permohonan mengikut garis panduan yang tertentu.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Permohonan Khidmat Tenaga Pengajar IPN di portal JANM di menu Perkhidmatan > Tatacara & Panduan.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup