Objektif
- Menjadi Pusat Rujuk Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam
 
Piagam Pelanggan
- Memastikan pemberitahuan akuan terima bagi aduan dan pertanyaan dikeluarkan dalam tempoh 1 hingga 3 hari bagi sistem Helpdesk Akruan
 
Fungsi
- Mengkaji, menggubal dan mengemas kini Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS) dan Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK).
 - Mengkaji, menggubal dan menetapkan polisi perakaunan akruan sektor awam serta kajian ke atas peraturan & undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
 - Memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan perakaunan akruan Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 - Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan perakaunan akruan.
 - Membuat kajian keperluan pengguna ke atas pembangunan sistem perakaunan selaras dengan polisi dan piawaian perakaunan akruan serta peraturan yang berkuat kuasa.
 - Membuat kajian isu operasi perakaunan semasa.
 - Memantau dan menyelaras penyediaan semakan serta pengemaskinian dokumen perakaunan akruan seperti Manual Prosedur Kerja (MPK), Manual Perakaunan Akruan (MPA) dan Manual Operasi Perakaunan Akruan (MOPA).
 - Memantau pelaksanaan perakaunan akruan mengikut empat strategi iaitu polisi dan piawaian, sumber manusia, undang-undang dan peraturan serta proses dan teknologi.
 - Melaksanakan pengurusan perubahan kepada pemegang taruh bagi pelan perakaunan pengurusan.
 
ALAMAT :
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000
	    	