Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Arkib Pencapaian

Nota: Pencapaian disenaraikan mengikut tahun diterima.

  • 2018
    1. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mendapat Pengiktirafan Cemerlang EKSA bagi tahun 2018-2020 daripada MAMPU.
    2. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR)
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mendapat Pengiktirafan 5 Bintang Agensi Sektor Awam bagi tahun 2017-2018 daripada MAMPU.
    3. Pencapaian KPI HRMIS JANM Tahun 2017
      Pencapaian KPI HRMIS JANM Tahun 2017 JANM telah dianugerahkan pencapaian cemerlang KPI HRMIS 100% bagi tahun 2017.
  • 2017
    1. Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2016
      Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang bagi Provider-Based Evaluation (ProBE) 2016.
    2. Malaysia User Satisfaction Evaluation (MUSE) 2016
      JANM telah mencapai keputusan 86% bagi Malaysia User Satisfaction Evaluation (MUSE) 2016.
    3. Pencapaian KPI HRMIS JANM Tahun 2016
      JANM telah dianugerahkan pencapaian cemerlang KPI HRMIS 100% bagi tahun 2016.
  • 2016
    1. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR)
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mendapat Pengiktirafan 5 Bintang Agensi Sektor Awam bagi tahun 2015-2016 daripada MAMPU.
    2. Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2015
      Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).
  • 2015

    Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013
    JANM menerima pencapaian 4 bintang bagi Anugerah Khas ini daripada YBhg. Dato' Aloyah Binti Mamat, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

    Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2014
    Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

    Anugerah OpenGov
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima Anugerah OpenGov bagi kategori “Excellence in Embracing Mobility Award” daripada MAMPU.

    Anugerah Inovasi Sektor Awam Tahun 2015
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah memenangi tempat kedua dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015 bagi kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan melalui Sistem Perakaunan Luar Negeri (SPLN).

  • 2014

    Sijil Audit Bersih
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2013 pada 6 Jun 2014.

    Sijil Penghargaan
    JANM telah berjaya mencapai "Significantly Exceed Target - ST" bagi pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2013.

    Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2013
    Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

  • 2011

    Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
    JANM telah dianugerahkan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S mulai 21 Oktober 2011 hingga 20 Oktober 2012.

    Sijil Audit Bersih
    JANM telah menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2010 pada 31 Mei 2011.

    Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2010
    Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

  • 2010

    Sistem Star Rating Tahun 2010
    JANM telah berjaya memperoleh penarafan 5 bintang daripada MAMPU bagi kategori Agensi Pusat dan Jabatan Utama (Di bawah ketua perkhidmatan).

    Anugerah Inovasi Kementerian Kewangan
    JANM telah mendapat tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Kementerian Kewangan dengan projek "e-Penyata Gaji".

  • 2007

    Anugerah Kualiti ICT (AKICT)
    Sistem GFMAS mencatatkan kejayaan yang membanggakan apabila terpilih dalam senarai pencalonan akhir untuk Anugerah Kualiti ICT (AKICT) 2007.

    Anugerah Hari Kualiti Kementerian Kewangan
    Mendapat tempat kedua dalam pertandingan Laman Web peringkat Kementerian Kewangan.

  • 2004

    Pensijilan MS ISO 9001:2000
    JANM seterusnya telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2000 buat kali kedua pada 15 Julai 2004 bagi menggantikan Sijil MS ISO 9000:1994 yang telah tamat tempoh pada 31 Disember 2003. JANM telah meneruskan usaha pensijilan MS ISO 9001:2000 iaitu conversion kepada MS ISO 9000:1994.

  • 2003

    Anugerah Hari Kualiti Perbendaharaan
    Mendapat tempat kedua dalam pertandingan Laman Web dan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Inovasi.

  • 2001

    Pensijilan MS ISO 9000
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah dianugerahkan sijil MS ISO 9000 perkhidmatan Awam pada 9 Ogos 2001. Majlis penyampaian sijil telah diadakan pada 12 November 2001. Skop pensijilan MS ISO 9000 adalah merangkumi 3 aktiviti iaitu:-

    1. Pemprosesan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut di JANM Ibu Pejabat;
    2. Pemprosesan baucer bayaran kecuali baucer bayaran gaji dan bayaran secara elektronik di JANM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
    3. Penyediaan Akaun Awam Kerajaan Persekutuan di JANM Ibu Pejabat.
  • 1999

    Anugerah Inovasi Perbendaharaan
    Diterima pada Disember 1999 di atas kejayaan melaksanakan Sistem Pengurusan Wang Tak Dituntut.

    Anugerah Laman Web Terbaik Jabatan
    Diterima pada Disember 1999 di atas mengadakan laman web terbaik di antara Jabatan dan Bahagian di bawah Perbendaharaan Malaysia.

  • 1997

    Anugerah Inovasi Perbendaharaan
    Diterima pada November 1997 di atas kejayaan melaksanakan Sistem Bayaran Gaji melalui SG20 Online dan perlaksanaan PKPA melalui Sistem Kewangan dan Perakaunan Pengurusan (SKEPP) yang merangkumi:-

    1. Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (SPKB)
    2. Sistem Perakaunan Aset Semasa (SPAS)
    3. Sistem Perakaunan Sumber Manusia (SPSM)
    4. Sistem Perakaunan Mikro Berkomputer (SPMB)
    Hari Kualiti Perbendaharaan
    Mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kaunter Indah Antara Bahagian dan tempat pertama dalam Pertandingan Pameran Kualiti.

  • 1996

    Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Sektor Awam dan Sektor Swasta
    Diterima pada 20 Jun 1996 di atas kejayaan melaksanakan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) bersama dengan MAMPU, Konsortium Jaya Sdn. Bhd. dan Jabatan Audit Negara Malaysia.

    Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
    Diterima pada 20 Jun 1996 di atas kejayaan melaksanakan sistem-sistem seperti Sistem Perakaunan Mikro (SPM) berkomputer JANM, Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan (eSPKB) dan Sistem Rangkaian Komunikasi Jabatan Akauntan Negara (AGNET) JANM.

  • 1992

    Anugerah Khas Perkhidmatan Awam
    Diterima pada 8 Oktober 1992 dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup