Objektif
- Mengeluarkan maklumat yang tepat serta lengkap pada masanya melalui khidmat automasi supaya maklumat dapat digunakan untuk kawalan, perancangan dan keputusan kewangan.
- Memastikan operasi sistem berjalan dengan lancar supaya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan tidak tergendala.
- Membangunkan sistem dalam masa yang ditetapkan dan dapat memenuhi spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan.
Piagam Pelanggan
- Membangun dan melaksanakan projek integrasi aplikasi kerajaan elektronik dengan sistem perakaunan Jabatan Akauntan Negara mengikut jadual yang ditetapkan.
Fungsi
- Menjalankan penyelidikan, kajian, pembangunan, pengujian, latihan dan pelaksanaan sistem-sistem perakaunan yang dibangunkan.
- Menjalankan operasi sistem, pentadbiran sistem, pentadbiran pangkalan data dan automasi pejabat.
- Menguruskan infrastruktur, khidmat sokongan dan urusan keselamatan ICT Ibu Pejabat dan Cawangan serta memantau rangkaian komunikasi JANM.
Alamat :
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 5 & 6, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88821049 / 03-88821401