Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Soalan Lazim Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Latar Belakang PCB

    Akta Cukai Pendapatan 1967 Subseksyen 107 (2).

    Tujuan PCB dikenakan:

    1. Memastikan bayaran PCB adalah sama atau hampir sama dengan cukai sebenar (ke arah final tax).
    2. Mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai sebenar dikira.
    3. Memastikan PCB saraan tambahan tidak melebihi 26% (kadar cukai maksimum individu).
    4. Tanggungjawab pekerja kemuka maklumat betul (perenggan 113(1)(b) Akta).
    Potongan PCB dilakukan secara auto melalui sistem payroll JANM berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Jabatan / Sekolah. Formula perkiraan ini digunakan di semua pejabat JANM seluruh Negara.

  • Peranan dan Tanggungjawab Jabatan/Sekolah

    Memastikan maklumat peribadi penjawat awam dikemaskini di Sistem payrol JANM. Semakan boleh dibuat melalui laporan Payroll Master Listing (ZRPY025)

    Mengedar Borang Mengemaskini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan PCB (Lampiran C) kepada pegawai serta menyediakan SG20 berdasarkan maklumat yang diberi oleh pegawai kepada JANM untuk dikemaskini.

  • Peranan dan Tanggungjawab Pegawai

    1. Menyemak maklumat peribadi sedia ada di unit kewangan/gaji Jabatan/Sekolah.
    2. Mengemaskini maklumat peribadi dengan menggunakan Borang di Lampiran C serta mengemukakakn dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil nikah, sijil beranak atau surat tawaran kemasukan Institut Pengajian Tinggi.
    3. Memahami pengiraan PCB melalui PCB kalkulator seperti yang terdapat di laman web LHDNM http://calcpcb.hasil.gov.my/.
  • Perkara yang diambil kira dalam Pengurangan PCB

    1. Memilih pelepasan pasangan untuk taksiran bersama bagi pasangan yang tidak bekerja.
    2. Bayaran Zakat.
    3. Caruman secara sukarela (Borang KWSP 6A(1)).
    4. Bilangan tanggungan dan status perkahwinan.
  • Soalan Lazim

    Apabila saya mengunjungi LHDN cawangan terdekat bertanyakan PCB bulanan yang dipotong melalui gaji bulanan, saya mendapati amaun yang sepatutnya dipotong adalah tidak sama seperti yang dikira oleh pihak LHDN, apakah perlu saya lakukan?

    Perkara ini akan berlaku apabila data yang diberi oleh pegawai kepada pihak LHDN tidak sama dengan data di dalam sistem payroll JANM. Pegawai adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklmat peribadi masing masing dengan mengisi Borang Lampiran C serta mengemukakan dokumen sokongan kepada bahagian Unit Gaji tempat pegawai bertugas bagi membolehkan pihak JANM mengemasikni data tersebut di dalam Sistem Payroll. Pegawai boleh menyemak sama ada data maklumat peribadi yang terdapat di Sistem Payroll JANM telah dikemaskini melalui pejabat atau sekolah masing masing.

    Apabila saya membandingkan pendapatan yang saya perolehi dengan rakan sekerja yang mendapat jumlah pendapatan yang sama dengan saya, saya dapati PCB yang dipotong melalui gaji bulanan kami adalah berbeza, mengapa perkara ini berlaku?

    Terdapat beberapa aspek yang menyebabkan perbezaan pengiraan PCB ini berlaku, antaranya adalah status perkahwinan, bilangan tanggungan, jumlah potongan zakat, jumlah caruman KWSP dan sebagainya yang terdapat di dalam sistem payroll JANM bagi seseorang pegawai dengan pegawai yang lain adalah berbeza. Maklumat peribadi yang berbeza antara pegawai akan menyebabkan potongan PCB pegawai berbeza walaupun mendapat jumlah saraan yang sama.

    Bolehkah pihak JANM tidak memotong PCB melalui payroll bulanan pegawai?

    Rujuk kepada subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967. Adalah menjadi tanggungjawab majikan memotong PCB daripada saraan setiap pekerja pada setiap bulan mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer dan membayar kepada Ketua Pengarah LHDN.

     Adakah saya layak dikenakan cukai?

    Mulai tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

    Apakah yang dimaksudkan dengan saraan tambahan?

     Saraan tambahan merupakan saraan yang diterima selain daripada saraan bulanan biasa (Bonus, Tunggakan, Komisen, Ganjaran, Pampasan, Yuran pengarah, Bayaran kerja lebih masa (OT) dan Lain-lain)

    Saya mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak RM155 pada bulan Oktober, kenapa PCB saya naik mendadak?

    Biasanya ini adalah kes borderline dari kadar cukai 3% ke 8%. Ini menyebabkan kenaikan PCB pada bulan tersebut dan kadar cukai akan kekal 8% pada bulan bulan seterusnya sekiranya tiada perubahan saraan, potongan dan rebat.
    Rebat Cukai Individu sebanyak RM400 juga tidak layak setelah kadar cukai berubah ke 8%. Boleh rujuk Jadual Kadar Cukai Pendapatan di portal LHDN http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=11)
     
    Untuk membantu kefahaman bagaimana kadar cukai ditentukan adalah dengan merujuk Jadual 1 - Nilai P, M, R dan B.  Contoh: Jika Jumlah Pendapatan Dikenakan Cukai (P) berada dalam range RM35,001 hingga RM50,000, jumlah pendapatan bercukai telah memasuki lingkungan 8% . 
     
    Apakah maksud CP38?
     
    PCB merupakan potongan cukai berdasarkan Jadual PCB ke atas saraan pekerja yang layak dan diremitkan ke LHDNM setiap bulan, manakala potongan CP38 pula hanya boleh dilakukan sekiranya LHDNM telah mengeluarkan arahan khusus kepada majikan supaya membuat potongan untuk amaun tertentu dalam bulan-bulan yang tertentu.  Potongan CP38 adalah untuk menyelesaikan cukai yang tertunggak manakala PCB adalah untuk membayar anggaran cukai bagi taksiran tahun semasa.
     
     

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup