SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI JANM

faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Soalan Lazim Prosedur Pelupusan Dokumen Kewangan
  1. Semak rekod tidak aktif atau tamat tindakan yang ada di Jabatan.
  2. Asingkan rekod mengikut jenis iaitu rekod kewangan dan bukan kewangan.
  3. Asingkan rekod kewangan mengikut tahun akhir penyelesaian segala urusan.
  4. Semak tempoh simpanan seperti yang telah ditetapkan di Lampiran M - Arahan Perbendaharaan 150, Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan dan Jadual Pelupusan Rekod Jabatan (jika ada).
  5. Menyediakan senarai rekod kewangan dan perakaunan yang hendak dimusnahkan (Borang Kewangan Arkib 4/2008 - Borang Permohonan Bagi Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan).
  6. Hantar permohonan ke Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara untuk kebenaran / sokongan.
  7. Dapatkan sokongan lain daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Audit Dalam Kementerian (jika perlu).
  8. Terima surat kebenaran / sokongan daripada agensi / Jabatan di atas.
  9. Surat Permohononan Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan bersama dokumen lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Perakaunan masing-masing.
    Pejabat Perakaunan adalah merujuk kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/ Cawangan dan Bahagian Akaun Kementerian bagi Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi Kerajaan Negeri merujuk kepada Pejabat Bendahari Negeri/ Akauntan Negeri.
    Senarai dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
    • Surat permohonan
    • Senarai rekod kewangan dan perakaunan yang hendak dimusnahkan (Borang Kewangan Arkib 4/2008 - Borang Permohonan Bagi Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan).
    • Surat kebenaran / sokongan daripada Arkib Negara Malaysia (wajib).
    • Surat kebenaran / sokongan daripada Jabatan Audit Negara (wajib).
    • Surat kebenaran / sokongan SPRM dan Audit Dalam Kementerian (jika ada).
  10. Terima surat kelulusan daripada Pejabat Perakaunan. Berdasarkan kepada Key Performance Indicators (KPI) Pejabat Perakaunan, kelulusan permohonan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  11. Laksanakan pemusnahan dokumen kewangan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan JANM (sama ada dijual / dibakar / dirincih / ditanam) seperti yang telah ditetapkan melalui surat Kementerian Kewangan rujukan KB557/97/54 Jd.4 (47) bertarikh 3 November 1993.
  12. Kembalikan Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Borang Arkib 13/08) kepada Arkib Negara Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Pejabat Perakaunan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh pemusnahan dilaksanakan.

Rujukan :

  1. Arahan Perbendaharaan 150.
  2. Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup