-
Apakah Kursus Generik Kewangan?
Kursus Generik Kewangan adalah kursus-kursus yang disenaraikan sebagai kursus generik yang dilaksanakan mengikut jumlah jam yang ditetapkan.
-
Apakah kursus yang disenaraikan sebagai Kursus Generik Kewangan?
Kursus-kursusnya ialah :
Bil Nama Kursus Jumlah Jam 1 Pengurusan Kewangan Sektor Awam 16 2 Pengurusan Perakaunan Sektor Awam 16 3 Sistem Belanjawan Negara 16 4 Pengurusan Perakaunan Terimaan Hasil Sektor Awam 16 5 Pengurusan Perakaunan Bayaran Sektor Awam 16 6 Prinsip dan Pengurusan Perolehan Kerajaan 16 7 Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar 16 8 Pengurusan Emolumen Sektor Awam 16 9 Pengurusan Elaun dan Kemudahan Sektor Awam 16 10 Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan 16 11 Prinsip dan Dasar Perakaunan Akruan 16 12 Pengenalan Kepada MPSAS 16 13 MPSAS – Persembahan Penyata Kewangan 16 14 MPSAS – Perakaunan Aset 16 15 MPSAS – Perakaunan Hasil 16 16 MPSAS – Perakaunan Belanja 16
-
Bolehkah jabatan / agensi meneruskan pelaksanaan kursus-kursus kewangan yang telah dirancang?
Jabatan / agensi boleh melaksanakan kursus-kursus kewangan yang telah dirancang dengan mengemukakan permohonan kepada IPN menggunakan Borang Permohonan Menganjurkan Kursus Generik Kewangan Oleh Kementerian / Jabatan.
-
Sekiranya jabatan / agensi menganjurkan kursus-kursus yang mengandungi hanya beberapa slot kewangan, perlukah jabatan / agensi mendapat kebenaran dari IPN?
Tidak perlu.
-
Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan tenaga pengajar kewangan dari IPN?
Pihak jabatan / agensi boleh mengemukakan permohonan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan.
-
Bilakah tarikh pemusatan kursus-kursus kewangan ini mula berkuatkuasa?
Tarikh kuatkuasa adalah mulai 29 Jun 2010 berdasarkan surat edaran dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65 Klt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010.
Pemusatan Kursus Generik Kewangan
- Butiran
- 12320