SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI JANM

faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Soalan Lazim Pembangunan Sistem Aplikasi Perakaunan & Kewangan Bagi Kerajaan Persekutuan

Apakah definisi Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan bagi Kerajaan Persekutuan?

Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan bagi Kerajaan Persekutuan merujuk kepada sistem aplikasi yang melibatkan perakaunan dan kewangan bagi terimaan, bayaran, amanah, deposit, aset dan inventori, pelaburan, pinjaman dan pelaporan wang awam.

Adakah Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan yang hendak dibangunkan oleh Kementerian / Jabatan Persekutuan perlu mempunyai kelulusan sistem?

Ya. Kementerian / Jabatan Persekutuan yang bercadang untuk membangunkan Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan hendaklah mendapatkan kelulusan reka bentuk sistem daripada Akauntan Negara Malaysia, selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 138(a).

Kementerian / Jabatan juga hendaklah merujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi tujuan penilaian dan penentuan tahap risiko serta kawalan keselamatan dan perlindungan ke atas sistem/ maklumat sebelum sesuatu rancangan pembangunan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan dilaksanakan bagi mematuhi keperluan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). Pengesahan CGSO merupakan salah satu (1) dokumen yang perlu dikemukakan kepada Akauntan Negara Malaysia bagi permohonan kelulusan sistem.

Apakah prosedur yang terlibat dalam permohonan kelulusan reka bentuk sistem Kementerian/Jabatan Persekutuan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia?

Prosedur yang terlibat dalam permohonan kelulusan reka bentuk sistem Kementerian/Jabatan Persekutuan adalah seperti berikut:

soalanlazim

Apakah garis panduan yang boleh dirujuk oleh Kementerian / Jabatan dalam menyediakan permohonan kelulusan reka bentuk sistem?

Apakah garis panduan yang boleh dirujuk oleh Kementerian/Jabatan Persekutuandalam menyediakan permohonan kelulusan reka bentuk sistem?

Kementerian/Jabatan hendaklah merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia yang berkuat kuasa mengenai Garis Panduan Permohonan Kelulusan Reka Bentuk Sistem Perakaunan dan Kewangan Kementerian/Jabatan Persekutuan sebagai panduan penyediaan permohonan kelulusan reka bentuk sistem. Permohonan perlu merangkumi:

  1. Tujuan permohonan;
  2. Latar belakang Kementerian/Jabatan Persekutuan;
  3. Justifikasi permohonan;
  4. Perbandingan sistem perakaunan dan kewangansedia ada dan baharu (jika berkenaan);
  5. Cadangan pelaksanaan;
  6. Gambar rajah reka bentuk sistem;
  7. Prosedur Perakaunan/Kewangan dan Carta AlirKerja;
  8. Dokumen/laporan kewangan berserta contoh dokumen;
  9. Rajah Reka Bentuk Rangkaian dan Infrastruktur Information & Communications Technology(ICT)
  10. Ciri-ciri keselamatan sistem;
  11. Pengesahan dan Syor CGSO; dan
  12. Maklumat pegawai yang boleh dihubungi.

Apakah pekeliling-pekeliling yang relevan dan boleh dirujuk oleh Kementerian / Jabatan bagi pembangunan sistem yang melibatkan terimaan secara e-Pembayaran?

Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) yang boleh dirujuk adalah :

  1. Pekeliling Perbendaharaan Tadbir Urus Kewangan
    • PS 2.1 - Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik di Terminal Point-of-Sale;
    • PS 2.2 - Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui Portal Kementerian atau Jabatan;
    • PS 2.3 - Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih; dan
    • PS 2.4 - Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil Melalui Rangkaian Pejabat Pos dan PosOnline
  2. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 3 Tahun 2019 – Tatacara Pengurusan Terimaan; dan
  3. Pekeliling-pekeliling lain yang berkuatkuasa.

Berapakah tempoh masa yang diambil bagi mendapatkan kelulusan reka bentuk sistem daripada JANM?

Permohonan akan diproses dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. Permohonan akan diperaku oleh Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan (JKSPKP) dan diluluskan oleh Akauntan Negara Malaysia.

Permohonan lengkap kelulusan reka bentuk hendaklah dikemukakan kepada BKP, JANM selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum Mesyuarat JKSPKP diadakan.

Apakah tindakan seterusnya yang perlu diambil setelah mendapat kelulusan reka bentuk sistem?

Kementerian/Jabatan Persekutuan perlu melaksanakan perkara berikut selepas kelulusan reka bentuk sistem perakaunan dan kewangan diperoleh daripada JANM iaitu:

  1. Mengemukakan permohonan kelulusan teknikal sistem (tertakluk kepada had amaun pekeliling yang berkuat kuasa).
  2. Memohon kelulusan format borang kewangan daripada Jawatankuasa Borang-Borang Kewangan, Perbendaharaan Malaysia.
  3. Merujuk kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), JANM bagi tujuan integrasi dengan iGFMAS (jika berkaitan).
  4. Mendapatkan kelulusan Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA), JANM untuk membuka Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan (ATKP) di Acquiring Bank yang dilantik (jika berkaitan).

Adakah Kementerian/Jabatan Persekutuan yang berhasrat untuk menambah saluran terimaan/menambah baik sistem sedia ada yang telah diluluskan perlu merujuk semula kepada JANM?

Sebarang perubahan kepada reka bentuk dan prosedur kewangan yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk kelulusan.

Bilakah Kementerian/Jabatan Persekutuan perlu mendapatkan kelulusan daripada JANM sekiranya bercadang untuk membangunkan sistem?

Semua sistem yang melibatkan proses perakaunan dan kewangan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Kementerian/Jabatan dikehendaki memohon kelulusan reka bentuk sistem daripada Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia terlebih dahulu sebelum pembangunan dilaksanakan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kelulusan sistem, siapakah yang boleh dirujuk oleh Kementerian / Jabatan?

Sekiranya terdapat pertanyaan, Kementerian / Jabatan bolehlah merujuk kepada Bahagian Akaun Kementerian masing-masing atau menghubungi Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengikut alamat, emel dan nombor telefon seperti yang tertera di bawah.

Pengarah
Bahagian Khidmat Perunding
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 5, Perbendaharaan 2
No. 7, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
PUTRAJAYA

u.p : Unit Kelulusan Persekutuan
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon : 03-8886 9546 / 9635 / 9752 / 9685 / 9618

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup