| BIL | PIAGAM PELANGGAN |
| 1 | Menyerahkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) yang tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, piawaian dan dasar perakaunan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir tahun kewangan. |
| 2 | Melaksanakan pembayaran wang tak dituntut/sekuriti tak dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
| 3 | Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh PTJ. |
| 4 | Memastikan : - Pembayaran emolumen dibuat mengikut tarikh/jadual hari pembayaran gaji tahunan yang ditetapkan. - Maklumat Penyata Gaji Bulanan dikeluarkan pada tarikh gaji. - Maklumat Penyata Pendapatan Tahunan diproses dan dikeluarkan pada bulan Mac tahun berikutnya. |
| 5 | Meluluskan permohonan sistem perakaunan dan kewangan sektor awam dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap. |
| 6 | Memastikan terimaan diperakaunkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam AP78(a). |
| 7 | Mengeluarkan keputusan permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh terima permohonan lengkap. |
| 8 | Memberi maklum balas kepada pertanyaan berkaitan prosedur kewangan dan perakaunan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh pertanyaan diterima. |
| 9 | Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh 21 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup. |
| 10 | Mengeluarkan Penyata Kewangan Kementerian Kewangan pada bulan berikutnya. |
| 11 | Memastikan pemberitahuan akuan terima bagi aduan dan pertanyaan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari bagi sistem berikut:
|
| 12 | Memastikan penyampaian kursus yang berkualiti dan skor penilaian kursus yang dijalankan ≥ 6.00. |
