Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Korporat Maklumat Bahagian Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)

Objektif

  1. Memastikan perakaunan Kementerian Kewangan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan dengan penuh tanggungjawab melalui sistem perakaunan, kawalan dan pemantauan yang berkesan.

Piagam Pelanggan

  1. Membuat bayaran kepada pembekal/ individu dalam tempoh lima (5) hari kalendar dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  2. Memastikan bayaran gaji dan potongan gaji dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan.
  3. Mengakaun terimaan dan mengeluarkan Resit Rasmi dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh Penyata Pemungut diterima.
  4. Memberi khidmat nasihat Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan dalam 14 hari dari tarikh terima permohonan yang lengkap.

Fungsi

  1. Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan bayaran, termasuk bayaran gaji, menyediakan pelaporan perakaunan dan Penyata Kewangan Kementerian Kewangan.
  2. Menyemak dan memantau Dokumen Akaun Terimaan (DAT) di semua Pejabat Pemungut di bawah Kementerian Kewangan.
  3. Melaksanakan naziran bagi memantau pengurusan kewangan dan perakaunan di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah BA MOF.
  4. Melaksanakan Perakaunan Pengurusan untuk Kementerian Kewangan dan memastikan pelaksanaan Perakaunan Pengurusan di semua Kementerian.
  5. Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan.
  6. Merancang dan melaksanakan program latihan perakaunan dan kewangan bagi PTJ Kementerian Kewangan.
  7. Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, kewangan, perolehan dan pentadbiran Bahagian.
  8. Menyemak dan meluluskan permohonan pelupusan dokumen kewangan.
  9. Memantau pelaksanaan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) di semua agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Alamat :

Bahagian Akaun Kementerian Kewangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1 & 2, Bangunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya

  03-88821000     03-88895817

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup