Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

Penubuhan CDS MOF pada 1 Jun 1999 bertujuan menerima pengkreditan data-data sekuriti orang awam yang gagal mendeposit ke akaun CDSnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  • Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Pindaan) (No.2) 1998 (SICDA)

    Seksyen 14
    Seksyen ini berkaitan dengan saham syarikat baru yang diapungkan di Bursa Malaysia.

    Seksyen 29
    Seksyen ini berkaitan dengan saham yang gagal didepositkan oleh pemunya benefisial ke akaun CDSnya sebelum/pada 30 November 1998.

    Seksyen 30
    Seksyen ini berkaitan dengan saham yang tidak dapat dikesan pemunya asalnya.

  • Bonus

    Mana-mana sekuriti dalam akaun CDS MOF yang memperolehi saham bonus akan terus dikreditkan ke akaun CDS MOF. Seksyen Pengurusan Sekuriti akan mengenalpasti setiap sijil yang layak mendapat bonus berkenaan dan akan dikreditkan terus ke akaun CDS pemohon bersama saham induknya.

  • Dividen / Faedah

    Dividen/faedah yang diterbit oleh mana-mana sekuriti dalam Akaun CDS MOF akan diagih dan dibayar kepada pemohon yang telah mendapatkan semula saham-sahamnya dan layak menerima dividen tersebut. Baki dividen/faedah yang tidak dituntut akan diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

  • Statistik Baki Akaun CDS-MOF

     STATISTIK BAKI AKAUN CDS-MOF

    Tahun Seksyen 14 Seksyen 29 Seksyen 30
    Bil Kaunter Unit Saham Bil Kaunter Unit Saham Bil Kaunter Unit Saham
    2023  7 1,488,352 49 9,986,092 11 5,115,551
    2022 6 1,165,852 49 9,986,092 11 5,115,551
    2021 5 2,163,802 49 9,986,092 11 5,115,551
    2020 4 405,102 50 9,986,094 11 5,115,551
    2019 3 270,102 50 9,986,094 11 5,115,551

     

    khidmat cds

  • Muat Turun Dokumen

    Senarai Semak (Pin.1/2021) – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti:

    BIL.

    DOKUMEN

    FORMAT

    1

    PERMOHONAN OLEH INDIVIDU

      Muat Turun (.pdf)  

    2

    PERMOHONAN OLEH SYARIKAT

      Muat Turun (.pdf)  

    3

    PERMOHONAN OLEH WARIS (EMPUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA)

      Muat Turun (.pdf)  

    Senarai Borang – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti:

    BIL.

    DOKUMEN

    FORMAT

    1

    BORANG SPS2 (Pin.1/2021)

       Muat Turun (.pdf)

     

    2

    BORANG UMA-7 (Pin.1/2015)

       Muat Turun (.pdf)  

    3

    BORANG UMA-8S (Pin.1/2016)

       Muat Turun (.pdf)  

    4

    BORANG PERMOHONAN BAYARAN MELALUI BANK DERAF/TT

       Muat Turun (.pdf)  

Semua Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti atau sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti perlu dikemukakan kepada alamat Pendaftar Wang Tak Dituntut seperti berikut :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2, 62594 Putrajaya

Tel : 03 8000 8700/8701/8702