Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Arkib Pengumuman 2023 Arkib Berita/Pengumuman 2023 Pelawaan Permohonan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2024

Bahagian/ Negeri/ Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) sesi 2024 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) sepenuh masa.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 23 Jun 2023 (Jumaat). Calon/pemohon akan dipanggil untuk satu sesi suai kenal bersama Pengurusan Tertinggi dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

(i) Puan Fauziah binti Abdullah

    Tel: 03-8882 1188

    e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

(ii) Encik Mazuwan bin Darwin                                     

     Tel: 03-8882 1089

     e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

(iii) Puan Norhafiza binti Mohamed Khadri                  

     Tel: 03-8882 1030

     e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

SURAT EDARAN

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup