Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2015

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Penolong Akauntan Gred W27 ke Gred W32. Syarat-syarat pemangkuan mengikut Skim Perkhidmatan Perakaunan Gred W27 ke Gred W32 adalah seperti berikut :-

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;

  2. Telah berada di gred lantikan jawatan Penolong Akauntan Gred W27 sebelum atau pada 31 Disember 2008;

  3. Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2012, 2013 dan 2014) tidak kurang 80%;

  4. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

  5. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;

  6. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan;

  7. Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib ; dan

  8. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Satu (1) salinan borang permohonan cetak online melalui ePerkhidmatan Pemangkuan (e-Borang JANM/M2);

  2. Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini;

  3. Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (dalam tempoh 5 tahun);

  4. Salinan Kelulusan Tapisan Keutuhan; dan

  5. Salinan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) bagi Tahun 2012, 2013 dan 2014;

Sukacita diingatkan bahawa pemangkuan ini berkemungkinan melibatkan penempatan ke tempat lain. Oleh yang demikian, permohon adalah dikehendaki menyatakan sama ada bersedia bertukar atau tidak, sekiranya diluluskan pemangkuan. Untuk makluman tuan/puan jua, penempatan sebenar permohon adalah tertakluk kepada pertimbangan akhir Jabatan ini demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya.

Ketua-Ketua Jabatan adalah dipohon supaya menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada semua Penolong Akauntan Gred W27. Lembaga Kenaikan Pangkat JANM juga berhak menentukan pemohon-pemohon yang mempunyai markah Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang sahaja layak dipertimbangkan. Permohonan yang lewat diterima dari tarikh tersebut atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan. Permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 JANUARI 2016 di alamat :

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 7, No.1, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62594 W.P.PUTRAJAYA
(u.p : Puan Maniza binti Mahfuz)

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :-

 Bil

 Nama Pegawai

 No. Telefon

 e-mail Jabatan

@anm.gov.my

 1.

Puan Baizurah binti Sabri

 03-88821308

 baizurah

 2.

Puan Nor Fariza binti Sulaiman

 03-88821098

 fariza

 3.

Puan Siti Noor Lisshahrikin binti Ali Nordin

 03-88821092

 ikin

 

Muat turun iklan pemangkuan bagi urusan yang berkaitan di atas, sila klik di sini.

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan Pelan Latihan (Training Road Map) bertujuan untuk mempertingkat profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya Akauntan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Maklumat lanjut muat turun surat edaran di sini.

Mulai 1 Januari 2015, semakan status permohonan pertukaran bagi pegawai-pegawai perkhidmatan perakaunan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui capaian di Tab menu ePerkhidmatan.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Akauntan Gred W17 Bilangan 1 Tahun 2015 pada 22 April 2015. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Februari 2015. Klik di sini untuk muat turun surat siaran bagi Perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27
Klik di sini untuk muat turun surat siaran bagi Perkhidmatan Pembantu Akauntan Gred W17
Klik di sini untuk membuat permohonan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan,

Berikut adalah senarai calon yang lulus subjek "Ethics And Governance" bagi program profesional CPA Australia sesi Januari - Jun 2015.

Sila klik >>> Muat turun <<< untuk lihat senarai berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Sila muat turun dari pautan berikut untuk melihat senarai calon yang lulus peperiksaan tahap professional bagi program Profesional The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) sesi Jan - Jun 2015, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

<<< Muat turun >>>

IPNCPD mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang Berjaya.

Sekian, terima kasih

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan hormatnya menjemput tuan/puan daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Kumpulan Sokongan I & II bagi menghadiri kursus Sistem Belanjawan Negara(Asas) yang akan dianjurkan pada tetapan berikut :-

 

 Tarikh   16 – 17 Feb 2015 (Isnin dan Selasa)
 Tempoh berkursus   10 jam
 Tempat   Institut Perakaunan Negara
 Jalan 2, Sungai Lang
 45100 Sabak Bernam
 Selangor Darul Ehsan
 Tarikh dan Waktu Pendaftaran  15 Feb 2015, pada pukul 3.00 petang – 7.00 malam.
 Yuran Kursus  RM30.00 sahaja

Urusetia :-

  1. Mohd Kamaruzaman bin Sulaiman
  2. Norhayati binti Abd Raji

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus dan permohonan sila klik di sini dan sila pilih kursus yang bertajuk Sistem Belanjawan Negara(Asas).

Klik di sini untuk maklumat Waran Am Perbelanjaan Mengurus Klik di sini untuk maklumat Perbelanjaan Pembangunan 2015

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close