Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2015

Adalah dimaklumkan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan menganjurkan Persidangan Pengguna SAGA Tahun 2015 pada 2 hingga 4 Mac 2015 bertempat di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Para peserta persidangan boleh memuat turun nota persidangan untuk rujukan. Sila klik di sini.

Surat sumbangan manuskrip untuk IPN Journal Of Reaearch And Practice In Public Sector Accounting And Management, Vol 5,2015. Maklumat lanjut sila muat turun di sini. Sekian, terima kasih

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) dengan sukacitanya mempelawa mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod 010201 yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan pembekalan " Perolehan Kertas Untuk Kegunaan Di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia "

Tarikh tawaran diiklan : 04/02/2015
Tarikh tawaran ditutup : 09/02/2015 Sila muat turun dokumen di sini. Sekian, terima kasih.

SILA KLIK DISINI ATAU BOLEH DIPEROLEH DI  Arkib Media > Dokumen & Penerbitan > Takwim Jabatan 2015

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera YBhg. Dato'/Tuan/Puan

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI SKIM PERAKAUNAN, SKIM GUNASAMA DAN BUKAN GUNASAMA JANM YANG BERADA DI GRED LANTIKAN (SEPANJANG TAHUN)

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi jawatan Perakaunan, Gunasama dan Bukan Gunasama kepada pegawai yang telah berkhidmat 13 Tahun dan lebih. Sebagai makluman, urusan kenaikan pangkat ini ini dilaksanakan sepanjang tahun dan tidak ada tarik tutup. Muat turun surat edaran di sini
Muat turun Borang Permohonan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based bagi

  1. Pegawai Perkhidmatan Perakaunan JANM - klik di sini
  2. Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan – klik di sini

Catatan:
Borang permohonan boleh juga diperolehi di ruangan Muat Turun > Borang-borang yang disediakan di dalam laman web JANM.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIC KOREA TAHUN 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (Coti), Republic Korea Tahun 2015. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 9 Februari 2015 (Isnin). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai adalah seperti lampiran yang disertakan. Muat turun Surat edaran tawaran COTI kumpulan Senior Gred 48-54 di sini
Muat turun Surat edaran tawaran COTI kumpulan Junior Gred 41-44 di sini
Muat turun Surat edaran tawaran COTI kumpulan Pelaksana Gred 27-40 di sini
Muat turun Lampiran C - Borang Perakuan Ketua Jabatan di sini
Muat turun Lampiran 1 - Borang Senarai Kegiatan/Aktiviti/Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi di sini

Urusan Pemangkuan Jawatan Penolong Akauntan Gred W32 Ke Gred W36 Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Penolong Akauntan Gred W32 ke Gred W36. Syarat-syarat pemangkuan mengikut Skim Perkhidmatan Perakaunan Gred W32 ke Gred W36 adalah seperti berikut :-

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Telah berada di gred kenaikan pangkat jawatan Penolong Akauntan Gred W32 sebelum atau pada 31 Disember 2007;
  3. Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2012, 2013 dan 2014) tidak kurang 80%;
  4. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 
  5. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
  6. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan;
  7. Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib ; dan
  8. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

 

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Satu (1) salinan borang permohonan cetak online melalui ePerkhidmatan Pemangkuan (e-Borang JANM/M1);
  2. Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini;
  3. Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (dalam tempoh 5 tahun); 
  4. Salinan Kelulusan Tapisan Keutuhan; dan
  5. Salinan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) bagi Tahun 2012, 2013 dan 2014;

 

Sukacita diingatkan bahawa pemangkuan ini berkemungkinan melibatkan penempatan ke tempat lain. Oleh yang demikian, permohon adalah dikehendaki menyatakan sama ada bersedia bertukar atau tidak, sekiranya diluluskan pemangkuan. Untuk makluman tuan/puan jua, penempatan sebenar permohon adalah tertakluk kepada pertimbangan akhir Jabatan ini demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya.

Ketua-Ketua Jabatan adalah dipohon supaya menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada semua Penolong Akauntan Gred W32. Lembaga Kenaikan Pangkat JANM juga berhak menentukan pemohon-pemohon yang mempunyai markah Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang sahaja layak dipertimbangkan. Permohonan yang lewat diterima dari tarikh tersebut atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan. Permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 JANUARI 2016 di alamat :

 

                        Pengarah
                        Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
                        Jabatan Akauntan Negara Malaysia
                        Aras 7, No.1, Kompleks Kementerian Kewangan
                        Persiaran Perdana, Presint 2
                        62594 W.P.PUTRAJAYA
                        (u.p : Puan Maniza binti Mahfuz)

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :-

 

Bil.

Nama Pegawai

No. Telefon

e-mail Jabatan

1.

Puan Baizurah binti Sabri

03-88821308

baizurah[@]anm[dot]gov[dot]my

2.

Puan Nor Fariza binti Sulaiman

03-88821098

fariza[@]anm[dot]gov[dot]my

3.

Puan Siti Noor Lisshahrikin binti Ali Nordin

03-88821092

ikin[@]anm[dot]gov[dot]my

 
Muat turun iklan pemangkuan bagi urusan yang berkaitan di atas, sila klik di sini
 

Sukacita dimaklumkan, Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPN-CPD), Cyberjaya akan menawarkan Program Keahlian Profesional ACCA secara sepenuh masa untuk kemasukan Julai 2015. Maklumat lanjut sila muat turun surat edaran di sini.

Dalam mendukung objektif untuk melahirkan lebih ramai akauntan sector awam memiliki kelayakan professional dari badan yang diiktiraf, Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPNCPD) dengan kerjasama CIMA telah merangka program keahlian professional khusus untuk akauntan-akauntan kanan Gred W48 hingga Gred W54 Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Maklumat lanjut sila muat turun surat edaran di sini.

Urusan Pemangkuan Jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 Ke Gred W26 Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 ke Gred W26.  Syarat-syarat pemangkuan mengikut Skim Perkhidmatan Perakaunan Gred W22 ke Gred W26 adalah seperti berikut :-
 
           a.      Telah disahkan dalam perkhidmatan;
           b.      Telah berada di gred kenaikan pangkat jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 sebelum atau pada 31 Disember 2009;
           c.       Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2012, 2013 dan 2014) tidak kurang 80%;
           d.       Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 
           e.       Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
           f.       Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan;
           g.       Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib ; dan
           h.       Diperaku oleh Ketua Jabatan.
 
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
 
           1.       Satu (1) salinan borang permohonan cetak online melalui ePerkhidmatan Pemangkuan (e-Borang JANM/M3); 
           2.       Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini;
           3.       Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (dalam tempoh 5 tahun); 
           4.       Salinan Kelulusan Tapisan Keutuhan; dan
           5.       Salinan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) bagi Tahun 2012, 2013 dan 2014;
 
Sukacita diingatkan bahawa pemangkuan ini berkemungkinan melibatkan penempatan ke tempat lain.  Oleh yang demikian, permohon adalah dikehendaki menyatakan sama ada bersedia bertukar atau tidak, sekiranya diluluskan pemangkuan.  Untuk makluman tuan/puan jua, penempatan sebenar permohon adalah tertakluk kepada pertimbangan akhir Jabatan ini demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya.
 
Ketua-Ketua Jabatan adalah dipohon supaya menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada semua Pembantu Akauntan Gred W22.  Lembaga Kenaikan Pangkat JANM juga berhak menentukan pemohon-pemohon yang mempunyai markah Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang sahaja layak dipertimbangkan.  Permohonan yang lewat diterima dari tarikh tersebut atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan.   Permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 JANUARI 2016 di alamat :
 
                        Pengarah
                        Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
                        Jabatan Akauntan Negara Malaysia
                        Aras 7, No.1, Kompleks Kementerian Kewangan
                        Persiaran Perdana, Presint 2
                        62594 W.P.PUTRAJAYA
                        (u.p : Puan Maniza binti Mahfuz)
 
Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :-
 
 

Bil.

Nama Pegawai

No. Telefon

e-mail Jabatan

1.

Puan Baizurah binti Sabri

03-88821308

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2.

Puan Nor Fariza binti Sulaiman

03-88821098

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3.

Puan Siti Noor Lisshahrikin binti Ali Nordin

03-88821092

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
Muat turun iklan pemangkuan bagi urusan yang berkaitan di atas, sila klik di sini. 
 

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close