Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan menganjurkan kursus bulanan siri 6/2015 bertajuk "Pengurusan Konflik dan Penyelesaian Yang Berkesan Di kalangan Pengurus dan Pelaksana". Syarahan akan disampaikan oleh Encik Mohd Hailmy bin Rizuan dari Konsultan Akademi Synergy. Sila klik disini untuk muat turun memo edaran Sila klik disini untuk membuat permohonan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg.Dato'/Tuan/Puan,

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS JANGKA PENDEK DI LUAR NEGARA DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN KUMPULAN PENGURUSAN PERTENGAHAN GRED 48 HINGGA 54 BAGI TAHUN 2015 Dimaklumkan bahawa Kursus Pendek di Luar Negara di Bawah Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48 hingga Gred 54 Tahun 2015 akan diadakan pada bulan Oktober dan November 2015. Sehubungan itu, sukacita Jabatan ini mempelawa pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 hingga Gred 54 yang berkelayakan untuk mengikuti kursus ini.
Permohonan secara online perlu dilakukan mulai 1 sehingga 10 Julai 2015. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 20 Julai 2015 (Isnin).. Maklumat lengkap berkaitan program adalah seperti lampiran yang disertakan. Sila hubungi pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut: Puan Fauziah binti Abdullah - 03 88821188
Klik pada surat dan lampiran dibawah untuk muat turun.

Surat Tawaran

Lampiran B

Lampiran C

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg.Dato'/Tuan/Puan,

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2015 Dimaklumkan bahawa Program Latihan Belia Muda di Negara Jepun Tahun 2015 akan diadakan bermula 27 September hingga 14 Oktober 2015 selama 18 hari. Sehubungan itu, sukacita Jabatan ini mempelawa pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas yang berkelayakan untuk mengikuti kursus ini.

Permohonan secara online perlu dilakukan mulai 1 sehingga 10 Julai 2015. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 20 Julai 2015 (Isnin). Maklumat lengkap berkaitan program adalah seperti lampiran yang disertakan.

Sila hubungi pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut: Puan Fauziah binti Abdullah - 03 88821188 Klik pada surat dan lampiran dibawah untuk muat turun. Surat Tawaran Lampiran B Lampiran C Appendix 1 Appendix 2 General Information J1540056_Application_Form_(1) untuk muat turun secara WinRAR atau zip file, sila muat turun disini.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg.Dato'/Tuan/Puan,

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2015 (KUMPULAN PELAKSANA GRED 1-40) Dimaklumkan bahawa Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea Tahun 2015 akan diadakan bermula pada 21 Oktober hingga 30 Oktober 2015 (10 hari). Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada belia-belia Malaysia untuk mempelajari, menghayati dan mencontohi budaya dan etika kerja serta nilai-nilai positif masyarakat Korea serta menjalin hubungan rapat dan kerjasama di antara Malaysia dan Korea. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan dipelawa untuk mergemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 1 – 40 untuk mengikuti program di atas. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 20 Julai 2015 (Isnin). Pemohon juga dikehendaki untuk mengisi Lampiran 1 dengan lengkap. Maklumat lengkap berkaitan program adalah seperti lampiran yang disertakan. Sila hubungi pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut : Fauziah Binti Abdullah - 03-88821188 Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim - 03-88821030
Klik pada surat dan lampiran dibawah untuk muat turun.

Surat Tawaran

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran 1

Mereka bentuk, membangun, membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliahguna dan menyenggara perisian Business Process Management (BPM) untuk Consultancy Management System (COMS) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Tarikh tawaran diiklan : 24/06/2015
Tarikh tawaran ditutup : 03/07/2015 Sila muat turun dokumen di sini.

Sila klik dokumen di bawah untuk maklumat selanjutnya:-

  1. Surat Edaran

  2. Flyers

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

“Untuk makluman penjawat awam, Gaji bulan Jun 2015 dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan dikreditkan pada 25 Jun 2015 bersamaan hari Khamis. Proses memuatnaik slip penjawat awam kedalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sedang dilakukan untuk paparan mulai 24 Jun 2015. Tuan/puan adalah dinasihat mengakses sistem pada masa selain dari waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan”.

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak - Kod Bidang 020901 (Kawalan Serangga Perosak, Anti Termite) di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor.

Tarikh tawaran diiklan : 23/06/2015
Tarikh tawaran ditutup : 29/06/2015

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara berkaitan, boleh muat turun di sini.

Sekian, terima kasih.

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Perkhidmatan pembersihan ruang pejabat - Kod Bidang 221001 (Pembersihan Bangunan Dan Pejabat) di Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara, Cyberjaya, Selangor.

Tarikh tawaran diiklan : 23/06/2015
Tarikh tawaran ditutup : 29/06/2015

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara berkaitan, boleh muat turun di sini.

Sekian, terima kasih.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close