Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2015

Pelawaan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2015/2016 Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Dan Ph.D Sec

 

Semua Akauntan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Bahagian/ Negeri/ Cawangan JANM

Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

PELAWAAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2015/2016 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT DIPLOMA LEPASAN IJAZAH, SARJANA DAN Ph.D SECARA SEPARUH MASA

Sukacita Jabatan ini mempelawa pihak YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Sesi 2015/2016 bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah Sarjana dan Ph.D secara separuh masa.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 15 Oktober 2015 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 

Puan Fauziah binti Abdullah
Tel: 03-8882 1035 / emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

YM Raja Nur Syahidatul Amirah binti Raja Brahim
Tel: 03-8882 1030 / emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Puan Rozalinda binti Md Rasip
Tel: 03-8882 1191 / emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Surat Edaran, sila klik disini.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

Slip Arahan Calon Peperiksaan Subjek Jabatan W17 & W27 Bil. 2/2015

Dimaklumkan bahawa slip arahan calon bagi calon-calon yang mengambil Peperiksaaan Subjek Jabatan W27 & W17 Bil. 2/2015 boleh dicetak di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian e-Peperiksaan atau klik sini.

Surat Penutupan Akaun Kerajaan 2015

 

Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN PORTAL RASMI DAN PEMBEKALAN PERISIAN CONTENT MANAGEMENT SYSTEM (CMS) DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Tarikh tawaran diiklan : 07/09/2015
Tarikh tawaran ditutup : 29/09/2015 Sila muat turun di sini untuk maklumat lanjut.

Semua Akauntan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian/ Negeri/ Cawangan JANM
Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (Bagi Pegawai Perkhidmtan Gunasama) untuk pegawai Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) sesi 2016. Bagi pegawai di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, Program HLP sahaja ditawarkan. Sehubungan itu, di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, para Akauntan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 5 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 8 September 2015 (Selasa). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 Puan Fauziah binti Abdullah 

 Tel: 03-8882 1035 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my

 YM Raja Nur Syahidatul Amirah binti Raja Brahim 

 Tel: 03-8882 1030 / emel: amirah.brahim[@]anm[dot]gov[dot]my

 Puan Rozalinda binti Md Rasip 

 Tel: 03-8882 1191 / emel: zalinda[@]anm[dot]gov[dot]my

Surat Edaran, sila klik di sini

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan. Sekian, terima kasih

Sila klik dokumen di bawah untuk maklumat selanjutnya:-

  1. Surat Edaran
  2. Flyers

Tarikh Tutup : 21 Ogos 2015 12.00 PM (Jumaat)

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut

Sukacita dimaklumkan Persidangan Akauntan Sektor Awam 2015 akan diadakan di Persada Johor, Johor Bahru pada 24-26 Ogos 2015. Senarai peserta dari Kementerian/Badan Berkanun/Kerajaan Negeri/PBT sila klik di sini. Untuk makluman peserta persidangan;

  1. Pakaian Untuk Majlis Makan Malam Rasmi pada 25 Ogos 2015 (Selasa) ialah Baju Batik

  2. Pengangkutan dari Lapangan Terbang Senai akan disediakan. Sila klik di sini.

  3. Kepada peserta yang belum membuat bayaran sila kemukakan LO/Draf Bank/tunai/Cek kepada Bendahari Perasama di Aras 3, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (u/p : Puan Maslina/ En Amiruddin) sebelum atau pada hari persidangan.

Sukacita dimaklumkan bahawa MIA akan menganjurkan Persidangan Akauntan Antarabangsa (MIA Conference) 2015 seperti berikut:

Tema Persidangan : Today's Synergy, Tomorrow's Reality
Tarikh                       : 26 & 27 Oktober 2015 (Isnin & Selasa)
Tempat                     : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre)
Yuran penyertaan  : RM 1,390 (seorang) bagi semua Akauntan lantikan JANM sah sehingga tarikh persidangan Untuk maklumat lanjut: Surat edaran sila klik di sini
Surat jemputan daripada MIA sila klik di sini
Brosur persidangan sila klik di sini Portal rasmi http://miaconference.mia.org.my/

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan menganjurkan kursus bulanan siri 7/2015 bertajuk "Perkongsian Integriti: Profesion, Integriti dan Rezeki Yang Barakah". Syarahan akan disampaikan oleh Tuan Haji Zahari bin Haji Ramly Juru Perunding YAPEIM dan Encik Mas Muhammad Hakim bin Masika dari Unit Integriti Kementerian Kewangan.
Tarikh   : 12 Ogos 2015
Masa     : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya Klik di sini untuk surat siaran.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close