Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Arkib Pengumuman 2019 Arkib Berita/Pengumuman 2019 Pelan Latihan Operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2019 – Kumpulan Sokongan

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan Pelan Latihan Operasi bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi pegawai perakaunan. Ia adalah sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya warga perakaunan yang terdiri dari Akauntan, Penolong Akauntan, dan Pembantu Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

 

Sehubungan itu, bagi tahun 2019, JANM telah mengatur beberapa kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi skim perakaunan sebagaimana yang digariskan di dalam Pelan Latihan tersebut. Tajuk dan ketetapan kursus adalah seperti di Lampiran.

 

Urusan pemilihan peserta kursus akan diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), JANM. Semua pegawai yang dipilih mengikuti kursus diwajibkan hadir sepenuh masa. Kegagalan mengikuti kursus yang ditawarkan boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan. Kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam memberi kebenaran pegawai di bawah seliaan menghadiri kursus amat dihargai.

 

Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan kursus boleh diajukan kepada pegawai berikut:

 

i. Fauziah binti Abdullah

 

No. Tel: 03-88821188

 

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik di sini untuk surat siaran.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

Saya yang menjalankan amanah.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup