Selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Ketetapan adalah seperti berikut:
Tajuk kursus : Perakaunan Terimaan / Hasil Kerajaan
Tarikh kursus : 10 hingga 12 September 2019 (Selasa - Rabu)
Tempat kursus : Institut Perakaunan Negara (IPN)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jalan Bagan, Sungai Lang
45100 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 14 Ogos 2019. melalui capaian laman sesawang berikut:
Sila klik Surat Siaran untuk muat turun.
Klik di sini untuk pendaftaran.