Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Arkib Pengumuman 2020 Arkib Berita/Pengumuman 2020 Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021

Semua Akauntan
Bahagian/Negeri/Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional yang bekelayakan untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2021. Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 9 Mac 2020 (Isnin) dengan mengemukakan dokumen berikut:

1. Surat iringan daripada Bahagian/ Jabatan

   - Pemohon perlu menyatakan status keahlian badan iktisas perakaunan

2. TIGA(3) set dokumen permohonan

   - Semua salinan sijil hendaklah disahkan

 

Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Keutamaan perakuan penajaan HLP diberikan kepada calon yang memohon untuk mengikuti program berkembar (Twinning programme) yang menawarkan sijil profesional perakaunan dan kepada calon yang telah mempunya sijil professional perakaunan yang diperakui JANM.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut: 

Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-88821188/ emel: fauziah_abdullah[@]anm.gov.my
Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi Tel: 03-8882 1030/ emel: ain.jamal[@]anm.gov.my
dan layari laman web JPA https://esilav2.jpa.gov.my/ bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan. Sila klik disini untuk surat edaran Sekian, terima kasih.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup