Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Arkib Pengumuman 2021 Arkib Berita/Pengumuman 2021 Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2021 Bagi Mengikuti Pengajian Secara Separuh Masa Atau Sepenuh Masa

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana untuk memohon kemudahan penajaan ini bagi melanjutkan pengajian dalam mod dan peringkat pengajian seperti berikut :

  1. Pengajian secara SEPARUH MASA yang melibatkan peringkat pengajian Ijazah Pertama Sahaja; atau
  2. Pengajian secara SEPENUH MASA yang melibatkan peringkat pengajian Sijil/ Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma atau Ijazah Pertama

Warga JANM lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua pegawai lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah disediakan dalam 3 SET DOKUMEN dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM. Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :

  1. Pengajian secara SEPARUH MASA – sebelum/pada 18 Mei 2021 (Isnin)
  2. Pengajian secara SEPENUH MASA – SATU (1) BULAN SEBELUM pendaftaran pengajian pegawai

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :- Nama Pegawai : Puan Ain Nadhirah binti Jamal Afandi
Tel : 03-8882 1030
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan. Sekian, terima kasih.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup